[Bajet2022] : Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM RM150 Untuk Golongan Keluarga B40

[RASMI] : Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM RM150 Untuk Golongan Keluarga B40


Menerusi pembentangan Bajet 2022 yang telah dibentangkan di parlimen tempoh hari, kerajaan telahpun memperkenalkan pelbagai jenis bantuan untuk rakat Malaysia dan salah satu bantuan tersebut merupakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebernya telahpun diperkenalkan pada tahun 2012 lagi dan merupakan satu inisiatif dalam membantu keluarga yang susah atau keluarga yang berada dalam kelompok B40 dengan tujuan meringankan serba sedikit tanggungan ibubapa & penjaga untuk memulakan persekolahan anak mereka. 

Menerusi pembentangan Bajet 2021 tempoh hari, kerajaan telah memutuskan untuk meluluskan peruntukkan sebanyak RM450 juta bagi tujuan merialisasikan program BAP tersebut yang bakal memberi manfaat kepada 3 juta murid-murid yang layak.

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang perlu anda fahami sebelum melakukan permohonan.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk pengetahuan pembaca, pemberian BAP kepada murid-murid dilakukan bersandarkan pada kritirea-kritirea seperti dibawah:

● Merupakan murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/ mykid/ mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara malaysia);

 Murid tahun 1 hingga tingakatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan kasar bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai sebagai pendapatan KASAR bulanan;

● Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

CARA MEMOHON

Cara melakukan permohonan bagi bantuan BAP ini adalah seperti yang berikut:

 Ibu bapa hanya perlu mengemaskini kadar pendapatan terkini melalui sistem APDM untuk memaklumkan pihak sekolah dan tidak perlu mengisi apa-apa borang.

KADAR BANTUAN

Jumlah bantuan yang akan diagihkan untuk setiap murid adalah sebanyak RM150.00, kenaikan sebanyak RM50.00 berbanding RM100.00 pada tahun sebelum ini.

Murid yang menerima BAP akan diberikan bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai 2022.

KAEDAH BAYARAN

Untuk pengetahuan pembaca, Bantuan akan diagihkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke;

 Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
 Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) boleh layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - klik DI SINI

ATAU Hubungi pihak sekolah masing-masing untuk mendapatkan maklumat dan info lebih lanjut.

Post a Comment

0 Comments