[Bajet2022] : Bantuan RM150 Untuk Belia Malaysia Di Bawah Program e-Start.

Bantuan RM150 Untuk Belia Malaysia Di Bawah Program e-Start.


Pada pengumuman bajet 2022, bertarikh 29 Okteber 2022 yang lalu, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia telahpun membentangkan beberapa rangka strategik untuk kesejahteraan dan kesenangan rakyat malaysia amnya dan golongan belia khususnya.

Tengku Zafrul berkata, program itu dijangka akan membawa manfaat untuk lebih 2 juta belia dengan peruntukan dana bernilai RM300 juta.

Belia berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi bakal menerima kredit RM150 secara one-off dalam akaun e-dompet masing-masing menerusi program e-Start, sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai.

Bajet yang berlatarbelakangkan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” memberi tumpuan khusus dalam memulihkan sektor-sektor yang terjejas, meningkatkan tumpuan sistem kesihatan awam serta skop pelindungan sosial dan merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global.

Program e-START ini adalah salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

KELAYAKAN

Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang mencapai umur 18-20 Tahun pada tahun 2022

PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa terdekat nanti.

Untuk lebih lanjut sila layari laman web KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA.

Post a Comment

0 Comments