Cara Tebus Baucar Shopee RM100 ~ Tebus Sekarang Sebelum Disember 2021!

Cara Tebus Baucar Shopee RM100


Ramai yang masih belum mengetahui mengenai Baucar Pelancongan Kita Selangorku 2.0 yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor yang boleh dituntut untuk digunakan berbelanja di Selangor.

Dengan wujudnya baucar ini, anda boleh jimat berbelanja ketika anda meluangkan masa cuti anda di Selangor dan untuk pengetahuan, lebih daripada 150 pakej pelancongan yang menarik ditawarkan daripada 35 Agensi Pelancongan Negeri Selangor untuk anda semua nikmati.

Jumlah Baucar Dan Tempoh Sah Laku

Baucar ini bernilai RM100 dan tempoh tuntutan dibuka sehingga Disember 2021. Tempoh sah laku penggunaan baucar ini adalah sehingga Jun 2022.

Syarat Kelayakan Menuntut Baucar

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menuntut baucar:
  • Warganegara Malaysia dan memiliki kad pengenalan yang sah
  • Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2021
  • Setiap pengguna shopee terhad kepada SATU transaksi setiap baucar sepanjang tempoh kempen
  • Terhad kepada 10,000 baucar sepanjang tempoh kempen
  • Semua pembayaran harus dilakukan dengan fungsi "ShopeePay" sahaja
  • Tiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan untuk setiap transaksi
  • Promosi akan dihentikan setelah jumlah baucar habis atau pada masa tempoh kempen berakhir mengikut mana yang lebih awal
  • Promosi ini tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain
  • Promosi tidak boleh ditukar atau diganti dengan produk lain atau wang tunai
Cara Untuk Tuntut & Guna Baucar

Anda boleh menuntut baucar ini melalui platform Shopee di:
*Pembayaran hanyalah menggunakan ShopeePay dan hanya boleh ditebus sekali sahaja
*Pastikan Pakej Pelancongan yang anda ambil termasuk di dalam Pakej Kita Selangor 2.0

Post a Comment

0 Comments