Info Semasa
i-Citra perlu dinaikkan daripada RM5,000 ke RM10,000. Relevan atau tidak?
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan harapan agar pengeluaran i-Citra dapat dinaikkan daripada RM5000 ke RM10,000 untuk membantu rakyat keluar daripada masalah ekonomi pada pandemik ini.
Beliau semasa rancak membahaskan Bajet 2022 berkata, rakyat Malaysia umumnya ingin menggunakan wang tersebut untuk melangsaikan hutang dan memulakan perniagaan kecil ekoran ramai yang terkesan akibat wabak Covid-19 ini.
“Saya lihat ramai yang bersuara dan merayu, sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau pun berniat untuk mengumpul modal untuk memulakan perniagaan kecil mereka. Mereka bukan suka-suka nak keluarkan caruman mereka."
“Justeru, saya amat berharap saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan ke RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat dituntut oleh rakyat.
“Sesungguhnya ini tidak boleh disifatkan sebagai langkah populis, tetapi berpunca dari keperluan mendesak rakyat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Sebagai mengimbangi pengeluaran itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan
berkata, beberapa perkara boleh dilakukan untuk membantu KWSP
sendiri.
“Kerajaan perlu memberi keutamaan untuk memulihkan simpanan rakyat dalam
KWSP. Seperti yang saya pernah bangkitkan dalam perbahasan Bajet tahun
lepas, ini boleh dilakukan, terdapat tiga cara iaitu pasca Covid-19,
kerajaan boleh bantu KWSP meraih pendapatan lebih dengan memberi projek
lebih lumayan kepada KWSP, contohnya sebelum ini, projek KWASA Land atas
tanah Lembaga Getah Malaysia dan projek di United Kingdom serta pemilikan
49 peratus di dalam syarikat PLUS,” katanya.
Post a Comment
1 Comments
Ya setuju
ReplyDelete