[Terkini] Bantuan Khas RM600 Untuk Individu Tidak Bekerja

Bantuan Khas RM 600 Untuk Individu Tidak Bekerja


Untuk pengetahuan pembaca, KerjayaGig adalah sebuah bantuan yang disalurkan oleh kerajaan beberapa jenis individu yang layak. Insentif atau bantuan ini telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada Bajet 2021 dan telah dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.

APA ITU PROGRAM KERJAYAGIG

Objektif utama Program Kerjaya Gig adalah untuk memperluaskan skop insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 2.0 kepada individu yang kehilangan pekerjaan atau penganggur dari golongan rendah.

Selain itu, objektif lainnya ialah
  • memindahkan semula tenaga kerjaya yang tidak digunakan sepenuhnya dan yang sedang menerima cuti tanpa gaji kepada KerjayaGig
  • serta menggalakkan individu mengambil peluang pekerjaan tidak formal

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan mula dibuka pada
  • 15 Julai sehingga 31 Disember 2021 ini.

JUMLAH BANTUAN

Berikut ialah jumlah bayaran untuk program ini secara terperinci
  • Bayaran bulanan sebanyak RM 600 akan diberikan kepada individu yang layak
  • Pembayaran akan diberikan RM 600 setiap bulan selama 6 bulan
  • Pemberian bayaran bulanan ini diberikan selagi mana mereka terlibat dengan program KerjayaGig ini

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang diperlukan :
  • Individu yang kehilangna pekerjaan haruslah berdaftar dengan PERKESO
  • Pencari kerja daripada golongan rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), peserta Return To Work PERKESO, gelandangan, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan e-Kasih, bekas penagih dadah, bekas banduan, Orang Diparol (ODP) dan lain-lain
  • Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO namun diberikan notis cuti tanpa gaji
  • Semua yang layak haruslah berumur 18 tahun sehingga 60 tahun sahaja

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan :

1. Anda perlu log masuk ke laman web MyFutureJobd dan mohon pekerjaan yang tersenarai di bawah kategori pekerjaan sendiri
-https://www.myfuturejobs.gov.my

2. Selepas berjaya mengambil pekerja, majikan perlu mendaftarkan Orang Bekerja Sendiri yang berjaya melalui laman web PERKESO untuk insentif RM 600
-https://www.perkeso.gov.my

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut ialah senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan insentif tersebut
  • Borang Pengesahan Pekerjaan yang ditandatangani oleh individu bekerja sendiri
  • Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri
  • Surat atau dokumen berkaitan serta bukti yang dikeluarkan oleh majikan terkini bagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji
  • E-mel pengesahan daripada operator untuk mengesahkan status pekerjaan

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh hubungi pada talian hotline
  • 1 300 22 8000 / 03 8091 5300

Post a Comment

1 Comments

  1. Mengenai BKC Fasa2 bujang bantuan rm300. . Sy da semak tapi belum ada record yg telah di credit kan ke bank penerima. Kenapa yer. . Dari BKC Fasa2 .kini da fasa3 . Masih belum dapat . Harap pehak kerajaan buat semakan kemungkinan ada yg tercicir

    ReplyDelete