Apa Itu Mybayar Saman? Ketahui Cara Daftar & Login Untuk Dapatkan Diskaun Saman Segera!

Apa Itu Mybayar Saman? Ketahui Cara Daftar & Login Untuk Dapatkan Diskaun Saman Segera!


Cara Daftar Mybayar Saman dan Login mybayar.rmp.gov.my selepas register mysaman secara online untuk bayar saman dengan cepat dan mudah

Berbeza dengan cara terdahulu, seperti cara konvensional. Anda terpaksa hadir ke kaunter bayaran balai polis trafik terdekat untuk melangsaikan saman anda. Ataupun perlu menggunakan pihak ketiga seperti myeg contohnya untuk bayar saman secara online.

Sekarang tidak lagi. Pihak polis diraja Malaysia PDRM / Royal Malaysia Police (RMP) baru sahaja memperkenalkan sistem online untuk bayar saman yang dinamakan "Mybayar Saman" yang mana untuk memudahkan pesalah trafik untuk bayar secara online.

Sistem "Mybayar Saman" ini ditubuhkan selari dengan keinginan kerajaan untuk mendigitalkan sistem kerajaan dengan tujuan melancarkan urusan transaksi tunai seiring dengan perkembangan pesat internet dan ICT yang berlaku dalam Malaysia hari ini.

CARA DAFTAR MYBAYAR SAMAN

1) Anda perlu memasukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap sebagai contoh memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda yang sah.

2) Kemudian, anda akan diminta memasukan nombor OTP yang telah dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan dalam sistem online tersebut.

3) Seterusnya, sila isi katalaluan yang anda ingin gunakana. Pastikan katalaluan yang anda akan guna adalah unik dan sukar untuk dimasuki oleh pihak lain.

4) Akhir sekali, jika proses pendaftaran tidak mempunyai sebarang masalah, anda akan dimaklumkan bahawa proses pendaftaran anda "TELAH BERJAYA" dan anda dibenarkan untuk daftar masuk sistem online ini semula.
_______________________________________________________________________________________________
Anda Mungkin Berminat Pada Artikel Ini
_______________________________________________________________________________________________
CARA LOGIN MYBAYAR SAMAN

Sila isi nombor kad pengenalan / no ic / nombor mykad ataupun nombor pendaftaran syarikat berserta password pada ruangan yang berkaitan untuk daftar masuk sistem Mybayar Saman.

PERKARA LINK PAUTAN
Cara login masuk sistem mybayar saman online https://mybayar.rmp.gov.my login masuk
Rajah di bawah menunjukkan reaksi salah seorang pesalah trafik yang telah berjaya bayar saman secara online melalui sistem "Mybayar Saman" dengan hanya bayar berserta diskaun yang cukup memuaskan!





ANDA MEMPUNYAI MASALAH DENGAN SISTEM MYBAYAR SAMAN?



Jika anda ada menghadapi sebarang masalah dan kesulitan semasa menggunakan sistem online boleh terus berhubung dengan Cawangan Pengurusan Saman PDRM di nombor talian / contact, 03-2266 3346 / 03-22663347

Soalan Lazim & FAQ

1) Adakah foreigner boleh guna sistem saman ini?
Tidak boleh

2) Saya lupa password / kata laluan
Tiada masalah boleh terus tekan forgot password untuk reset semua kata laluan anda

3) Berapa lama status saman akan sistem kemaskini selepas bayaran dibuat?
Sistem akan kemaskinikan serta merta

4) Adakah ada caj bayaran semasa bayar guna sistem online ini?
Tiada. Free dan percuma

5) Boleh bayar guna kad kredit / credit card?
Boleh. Dipersilakan

Semoga dengan ada kemudahan sistem online mybayar saman ini memudahkan pesalah trafik untuk membayar sekaligus mengurangkan tunggakan.

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda! Semoga Bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments