Ketahui Apa Itu Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2022 ~ Gaji RM1,000 Pun Layak Untuk Mohon

Ketahui Apa Itu Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2021 ~ Gaji RM1,000 Pun Layak Untuk Mohon


APA ITU RUMAH SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP) 2022

Tahukah anda, walaupun anda bergaji bersih RM1,000 sebulan, anda kini mampu untuk memiliki rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP.

Para pemohon yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan seperti bekerja sebagai nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi dan pekerja am juga masih mempunyai peluang untuk memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP ini.

Baru-baru ini, pihak Bank Muamalat telah memulakan skim Smart Mortgage-SJKP melalui suntikan sebanyak RM70 juta kepada 300 pelanggan pertama yang akan menikmati pembiayaan 100% daripada harga belian.

TENTANG SJKP 2022



Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) ialah syarikat milik penuh dibawah Menteri Kewangan yang telah diperbadankan pada 6 Disember 2007 yang lalu.

Objektif penubuhan SJKP Berhad ini adalah untuk menangani masalah kesulitan yang dialami oleh golongan yang tidak memiliki pendapatan yang tetap seperti petani dan para peniaga kecil untuk mendapatkan kemudahan kewangan dengan tujuan membeli rumah untuk mereka diami.

Untuk makluman, skim ini dibuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas. Tempoh pembiayaan perumahan SJKP sama seperti bank konvensional biasa iaitu sebanyak 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.

CARA MEMOHON

Untuk info, proses pemohonan/ pendaftaran skim perumahan SJKP adalah seperti yang dinyatakan dibawah:
  • Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen sokongan berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  • Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat tersebut hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  • Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan. Lesen perniagaan, Kad pendaftaran nelayan atau geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  • Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Antara institusi kewangan yang terlibat adalah:
  • Affin Bank
  • Affin Islamic
  • Agro Bank
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • AmBank Group
  • AmIslamic Bank
  • Bank Islam
  • BSN
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • Bank Muamalat

PERINGATAN: Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Berpendapatan tidak tetap seperti para peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  • Pembelian rumah kediaman baru / di dalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  • Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20KM daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dilakukan.
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar.
  • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) hanya sah untuk pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.

SJKP tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

Post a Comment

0 Comments