Mohon Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan 2022~ Permohonan Masih Dibuka!

Mohon Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan 2021~ Permohonan Masih Dibuka!


Untuk makluman umum ibubapa dan penjaga yang mempunyai anak jagaan, berumur 18 tahun ke bawah, anda sebenarnya layak untuk memohon Bantuan Kanak-Kanak 2021 (BKK) sehingga RM1000 maksimum sebulan untuk satu keluarga.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) 2022

Adakah anda sedia maklum? Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 merupakan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diperkenalkan dengan harapan dapat membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.

Dibawah merupakan perubahan jumlah BKK terdahulu berbanding tahun 2021.

Jumlah BKK lama

Jumlah BKK 2021

·         Maksimum bagi seseorang anak akan menerima RM100.

·         Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang.

·         Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang.

·         Kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah akan mendapat RM200 sebulan seorang.

·         Maksimum sebanyak RM1000 sebulan untuk sebuah keluarga


_______________________________________________________________________________________________
Anda Mungkin Berminat Pada Artikel Ini
_______________________________________________________________________________________________

SYARAT KELAYAKAN BKK 2021

1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

CARA MEMOHON BKK 2021

Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2022 :-
1. Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
2. Cetak Borang Permohonan.
3. Cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda kemudahan dan manfaat kepada kita semua. Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments