Mohon Bantuan RM480 Skim i-Suri Untuk Suri Rumah B40 2022

Mohon Bantuan RM480 Suri Rumah B40 2021


Bantuan i-Suri KWSP merupakan bantuan yang diperkenalkan khas untuk suri rumah, balu dan juga ibu tunggal yang mana akan menerima insentif RM480 setahun. Ia khusus untuk mengiktiraf sumbangan bakti mereka dalam institusi kekluargaan dan pembangunan negara.

Berikut merupakan maklumat lanjut yang perlu anda ketahui sebelum melakukan permohonan bantuan i-Suri KWSP ini.

BANTUAN I-SURI KWSP

Berikut disertakan senarai kelebihan dan manfaat yang akan diterima oleh penerima i-Suri:
  • Pembayaran sebanyak RM480 diberikan bermula dari tahun 2019 hingga ke tahun-tahun berikutnya termasuklah tahun 2021.
  • Bantuan kematian juga disediakan sebanyak RM2,500.
  • Penerima i-Suri akan menerima dividen tahunan KWSP seperti pencarum yang lain.
  • Bantuan hilang upaya.
  • Pengeluaran simpanan.
  • Insentif kerajaan.


SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan beberapa syarat yang telah ditetapkan kepada mereka yang berminat untuk membuat pendaftaran i-Suri:
  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar di eKasih.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR).
Siapa yang boleh mencarum?
  • Suami bagi pasangan yang layak
  • Diri sendiri (isteri)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohon bantuan i-Suri:
  • Bawa kad pengenalan beserta dua borang i-Suri ke mana-mana cawangan KWSP yang terdekat.
  • Borang i-Suri KWSP 16G (M) - Untuk pendaftaran kali pertama.
  • Borang i-Suri KWSP 6A (2) - Untuk semasa pembayaran.

PEMBAYARAN CARUMAN

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga cara:
  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  • Tunai atau cek di kaunter panel KWSP sama ada Maybank, Public Bank, BSN ataupun Public Bank.
  • Pindahan wang melalui perbankan internet melalui Maybank atau Public Bank.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan i-Suri, boleh melayari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000

Untuk maklumat berkenaan dengan kelayakan insentif, sila layari lama web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat di https://www.kpwkm.gov.my/

Post a Comment

1 Comments

  1. bantuan i suri tu...pendaftaran online xda ka...

    ReplyDelete