Pengeluaran RM10,000 One-Off Akaun 1 KWSP ~ Anda Setuju Dengan Cadangan Ini?

Pengeluaran RM10,000 One-Off Akaun 1 KWSP ~ Anda Setuju Dengan Cadangan Ini?


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak telah menyeru pihak kerajaan agar menaikkan had pengeluaran maksimum wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Citra kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir.

Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, perkara itu adalah amat dituntut oleh majoriti rakyat Malaysia pada ketika ini berikutan terkesan dengan pandemik Covid-19 yang telah melanda negara kita.

BANTUAN KHAS COVID-19

"Semasa krisis Covid mula melanda, saya pernah cadangkan kepada kerajaan agar benarkan pencarum keluarkan duit dari akaun 2 KWSP sebagai salah satu usaha membantu rakyat dan merancakkan ekonomi tempatan semasa Covid. Masa itu, kerajaan telah sambut baik cadangan saya dan melaksanakannya sebagai program i-Lestari dalam pakej Prihatin."

PENGELUARAN RM10,000 AKAUN 1 KWSP

"Saya mendapati ramai rakyat yang bersuara dan mendesak perkara ini. Sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau berniat mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil mereka.

"Justeru itu, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat dituntut oleh rakyat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri berkata, kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu berkenaan bukan berniat untuk menarik populariti semata-mata, sebaliknya atas dasar memahami kesusahan yang dialami rakyat ketika ini.

"Sesungguhnya ini bukan yang disifatkan sebagai langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat," jelas beliau.

Pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 tidak memasukkan pengeluaran simpanan KWSP i-Citra sebanyak RM10,000 secara one-off dalam belanjawan berkenaan.

Kredit: Salamkerjaya

Post a Comment

37 Comments

  1. Luluskan pengeluaran akaun KWSP rm10k one-off kali terakhir... Bantu kami...

    ReplyDelete
  2. Saya setuju sangat pengeluaran KWSP Rm10000 one off. Duit yg dikeluarkan pun untuk kegunaan menjelaskan hutang2 yg tertunggak semasa 2 tahun X berkerja dan menanggung makanan harian. Terima kasih atas sokongan kerajaan untuk membantu rakyat yg susah dan memerlukannya...

    ReplyDelete
  3. Salam,setuju sebab terdesak utk kelangsungan hidup yg terhimpit d sebab kan covid19.

    ReplyDelete
  4. Saya setuju sangat perkara ini dilaksanakan.ianya dapat membantu rakyat yang terjejas Dan juga dapat merancakkan lagi Dari sektor ekonomi negara.

    ReplyDelete
  5. Tlg untuk Kali terakhir btl2 perlukn duit😭😭

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat, ianya dapat membantu rakyat yang terjejas.

    ReplyDelete
  7. Setuju.sangat memerlukan Bantu keewangan.

    ReplyDelete
  8. Setuju amat terkesan dengan keadaan sekarang ini

    ReplyDelete
  9. Salam,Saya sangat setuju ia dapat membantu rakyat yg terjejas skg.

    ReplyDelete
  10. Setuju sgt pengeluaran one off 10k kwsp dilaksanakn skg..sbb kmi rakyat dh begitu terdesak dgn kelangsungan hidup yg trbeban dgn hutang..bantula kmi rakyat supaya oneoff 10k ini dikeluarkn skg

    ReplyDelete
  11. Mestilah setuju..
    T kasih DSNR. Jasa anda kami kenang sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  12. Setuju sgt kos tinggi gaji kecik smua prlukn duit

    ReplyDelete
  13. Setuju sangat dengan pengeluaran one off ini

    ReplyDelete
  14. Hai saya umur 27 tahun..blum kahwin..sbb masalah ekonomi skrg lh saya blum mau ada hubungan..hrap dgn bntuan ni dpt lh saya khwin😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  15. setuju..dgn bebanan tunggakan hutang lg...i citra sebelum ni 1k sebulan pn xckup..nk byr hutang lg..mkn lg..keperluan lg ..kdg2 pening dh mikir...dgn 10k ni boleh la byr tunggakan yg ada...wt bisnes apa yg ptut...

    ReplyDelete
  16. Setuju sangat²..bantulah kami yang sangat² memerlukan.

    ReplyDelete
  17. setuju.dapat membantu kami meringankan masalah kewangan dalam keadaan sekarang banyak yang terjejas faktor ekonomi belanja harian makin meningkat,mohon pihak kerajaan meluluskan wang pengeluaran.bantu lah rakyat yg memerlukan bantuan

    ReplyDelete
  18. Setuju sangat. Pengeluaran 10,000 one off untuk rakyat langsaikan hutang n modal berniaga

    ReplyDelete
  19. Sangat Bersetuju!
    Walaupun kwsp dikatakan utk masa tua tapi sekarang lah masa paling sesuai dgn keadaan sekarang. Masa tua lain cerita tapi keadaan rakyat sekarang lebih penting!

    ReplyDelete
  20. Setuju untuk mengeluarkan duit Kwsp rm10.000

    ReplyDelete