Info Bantuan
Bantuan RM150 Seorang Untuk Anak Anda Yang Berumur 17 Tahun Dan Ke Bawah | Bantuan Awal Persekolahan | Syarat Kelakan | Semakan Kerjaya
Berita baik kepada para pelajar sekolah, melalui pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk setiap murid.
Bantuan Awal Persekolahan ini akan memberikan manfaat kepada lebih 3 juta murid-murid yang layak dengan jumlah bantuan sebanyak RM450 juta.
Berikut kami kongsikan syarat kelayakan Bantuan Awal Persekolahan 2022 ini.
Bantuan Awal Persekolahan RM150
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Bantuan ini akan diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya di kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000 dan ke bawah.
Jumlah Bantuan Awal Persekolahan
Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150 seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai 2022, kenaikan RM50 berbanding RM100 tahun sebelumnya.
Jika anda memiliki dua orang anak dan menetapi syarat kelayakan, anda atau anak bakal menerima bantuan RM300.
Syarat Permohonan BAP
Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi sekiranya ingin memohon bantuan persekolahan ini:
- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
Cara Mohon Bantuan Awal Persekolahan 2022
Tiada borang permohonan yang perlu diisi.
Kaedah Pembayaran
Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
Maklumat Tambahan
Anda boleh layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk baca lebih lanjut syarat-syarat utama permohonan https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap
Post a Comment
0 Comments