Info Bantuan
Cara Mohon Bantuan RM150 Untuk Anak Yang Masih Bersekolah Tahun 2022
Melalui pembentangan Bajet 2022 yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan
baru-baru ini, pihak kerajaan telah mengumumkan pelbagai jenis bantuan dan
antara bantuan tersebut ialah Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang telah mula diperkenalkan pada tahun
2012 adalah merupakan satu inisiatif dalam membantu keluarga yang susah
untuk memulakan persekolahan anak mereka. Melalui pembentangan bajet
tersebut, pihak kerajaan telah meluluskan bajet sebanyak RM450 juta untuk
diperuntukkan bagi tujuan program BAP tersebut yang bakal memanfaatkan 3
juta murid-murid yang layak.
Berikut adalah merupakan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal
Persekolahan (BAP) yang perlu anda ketahui sebelum melakukan
permohonan.
SYARAT KELAYAKAN
Untuk makluman, pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan pada
kritirea-kritirea seperti berikut:
- Merupakan murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/ mykid/ mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara malaysia);
- Murid tahun 1 hingga tingakatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan kasar bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai sebagai pendapatan KASAR bulanan;
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
CARA MEMOHON
Cara melakukan permohonan bagi bantuan BAP ini adalah seperti yang
berikut:
- Ibu bapa hanya perlu mengemaskini kadar pendapatan terkini melalui sistem APDM untuk memaklumkan pihak sekolah dan tidak perlu mengisi apa-apa borang.
KADAR BANTUAN
Jumlah wang yang akan diberikan adalah sebanyak RM150.00, kenaikan
sebanyak RM50.00 berbanding RM100.00 pada tahun sebelumnya.
Murid yang menerima BAP akan diberikan bantuan sebanyak RM150.00 bagi
seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai 2022.
KAEDAH BAYARAN
Untuk makluman, Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) boleh
layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - klik
DI SINI
ATAU
Hubungi pihak sekolah masing-masing untuk mendapatkan maklumat dan info
lebih lanjut.
Post a Comment
1 Comments
Poker Tournaments and Promos | JtmHub
ReplyDeleteView Poker Tournaments and 대구광역 출장안마 Promos · Find your poker tournaments and promotions from the best 진주 출장마사지 sites in the United States! 남원 출장마사지 · Poker Promotions and Rewards · Poker 광주광역 출장안마 Poker Tournaments 서귀포 출장마사지