Pengeluaran RM 10,000 KWSP Secara "One Off" Melalui Akaun 1

Pengeluaran RM 10,000 KWSP One Off Boleh Dikeluarkan


PERTIMBANGAN KE ATAS PERMINTAAN RAKYAT

Ketua Pemuda UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta pertimbangan daripada pihak kerajaan ke atas permintaan rakyat untuk pengeluaran KWSP.

Beliau berkata, UMNO juga berharap bahawa pihak Kerajaan dapat mempertimbangkan permintaan rakyat untuk pengeluaran kali terakhir caruman wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one-off sebanyak RM 10,000.

Asyraf turut menegaskan bahawa rakyat sedang berhadapan dengan kesempitan hidup akibat pandemik yang berlaku ditambah pula dengan musibah banjir baru-baru ini. Menurut beliau, perkara ini sejajar dengan ketetapan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada 27 Ogos 2021.

SIMPANAN MELEBIHI RM 10,000

Dalam kenyataan beliau yang lain, Pemuda UMNO berharap agar pihak kerajaan dapat memberikan pengeluaran wang KWSP kepada rakyat yang mempunyai baki simpanan melebihi RM 10,000.

Datuk Asyraf berkata, kebenaran tersebut boleh menjadi pengeluaran KWSP kali terakhir memandangkan hampir kesemua ekonomi sudah dibuka dan pandemik pun dilihat sebanyak pulih.

Beliau berharap agar pihak kerajaan memenuhi permintaan lebih 56 peratus rakyat yang masih mempunyai simpanan melebihi RM 10,000 terutamanya golongan M40 dan ke atas. Pengeluaran tersebut akan menjadi permulaan mereka untuk membina semua kehidupan dengan komitmen tertunggak yang perlu diselesaikan.

SEMAKAN BAKI WANG KWSP

Berikut ialah panduan untuk membuat semakan baki wang KWSP terkini:

MEMO PENGELUARAN KWSP MENERUSI NAJIB

Persatuan Pengguna Malaysia (PPIM) telah menyerahkan memorandum menuntut pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM 10,000 secara sekali bayar kepada Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Yaakob menerusi Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi PPIM berkata, terdapat pencarum yang sudah dapat pekerjaan tetapi kadar gaji yang ditawarkan dan diterima tidak seperti gaji sebelum pandemik.

Terdapat juga pencarum yang mahu mengeluarkan simpanan KWSP kerana mahu melunaskan tunggakan hutang, pinjaman dan lain-lain.

Post a Comment

0 Comments