Info Bantuan
Tebus RM400 Kredit Shopee Bermula Januari 2022 Untuk Rakyat Malaysia | Cara Claim | SemakanKerjaya
Kerajaan kini telah pun melancarkan Program Sustainability Achieved
Efficiency (SAVE) 3.0, sekaligus menawarkan baucar diskaun sehingga RM400
dalam pembelian barangan elektrik cekap tenaga.


Untuk makluman, program ini adalah merupakan kesinambungan daripada program
SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 sebelum ini. Ia mengalakkan lebih ramai penggua
mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga, sekaligus menyumbang kepada
penjimatan bil elektrik.
Berikut merupakan maklumat lanjut tentang bagaimana cara menebus baucer
diskaun RM400.
APA ITU PROGRAM SAVE 3.0
Program e-rebat maksimum RM400 untuk isi rumah yang membeli cekap tenaga
yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenaga yang
menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga
(ST).
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar SAVE 3.0 adalah seperti
berikut:
DUA KATEGORI DI BAWAH PROGRAM SAVE 3.0
- Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’.
- Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
- Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
- Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.
Untuk makluman anda, Program Save 3.0 ini terbahagi kepada dua kategori
iaitu:
Kategori 1: Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; dan
Kategori 2: Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.
Kategori 2: Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.
KADAR BAUCAR / REBAT SAVE 3.0
Setiap isi rumah layak mendapat sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk
Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) dengan pembelian peralatan
elektrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang dan 5 bintang.
CARA PENEBUSAN
Untuk membuat penebusan baucar SAVE 3.0 di Shopee, sila rujuk gambar rajah
di bawah:
Untuk maklumat lanjut, layari:
- Shopee : https://shopee.com.my/m/program-save
- Lazada : https://www.lazada.com.my/program-save
- PG Mall : https://www.pgmall.my/
- Untuk penebusan manual, sila rujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut: www.saveenergy.gov.my (Bawa IC dan bil elektrik untuk menebus baucar ini)
TEMPOH PENEBUSAN
Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari
Januari 2022 hingga Disember 2022.
Post a Comment
0 Comments