Info Bantuan
Jadual Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Isi Rumah & Bujang Tahun 2022
Tujuan utama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini ditubuhkan adalah untuk
meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat yang
berpendapatan rendah. Bantuan ini merupakan bantuan tunai yang lebih tertumpu
kepada golongan yang memerlukan.
Pembayaran bagi bantuan ini terbahagi kepada 4 fasa pada bulan yang
berbeza. Ianya pada bulan Mac, Jun, September dan Disember 2022. Info
mengenai jadual dan tarikh rasmi pembayaran BKM adalah seperti yang
berikut:

JADUAL PEMBAYARAN BKM 2022
Berikut adalah maklumat dan jadual pembayaran. Pembayaran tersebut akan
terbahagi kepada 4 fasa:
FASA 1
- Mac 2022.
- Bujang.
- Isi rumah.
- Warga Emas Bujang / Tiada pasangan.
FASA 2
- Jun 2022.
- Isi Rumah.
- Warga Emas Bujang / Tiada pasangan.
FASA 3
FASA 4
- Disember 2022.
- Isi Rumah.
- Warga Emas Bujang / Tiada pasangan.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Data pemohon BPR 2021, data penerima BPR 2021 dan BKC B40 yang tidak
lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam
pangkalan data sistem BKM untuk semakan kelayakan.
Namun begitu, pemohon hendaklah membuat permohonan baharu BKM sekiranya
tiada rekod di dalam sistem yang sedia ada LHDNM manakala bagi penerima
yang sedia ada yang mempunyai sebarang penambahan maklumat, anda hendaklah
mengemaskini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Anda boleh melayari laman web BKM di
https://bkm.hasil.gov.my/
TARIKH PERMOHONAN / PENGEMASKINIAN BKM
Untuk membuat permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat
bermula 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022. (Ianya tertakluk kepada pindaan
yang dibuat dari semasa ke semasa.)
Post a Comment
0 Comments