Hampir Cecah 150,000 Rakyat Malaysia Yang Ingin Keluarkan RM10,000 Wang Simpanan KWSP Secara One-Off ~ Anda Setuju?



Perkara berkaitan pengeluaran wang simpanan KWSP tampaknya masih menjadi buah mulut buat segelintir pihak.

Sebelum ini kita lihat mereka tidak hiraukan hal berbangkit ini, namun kini ingin dilihat seperti wira disamping menjelangnya PRN Johor.

Hiraukan golongan seperti ini, kerana hakikatnya memang ramai yang benar-benar tersepit mahu simpanan hari tua itu dikeluarkan demi kelangsungan hidup hari ini.

Lebih 100,000 Mahu Keluarkan RM10,000

Jom Sign Petisyen diBawah:


Sekurang-kurangnya 100,000 rakyat Malaysia yang mendesak ingin mengeluarkan wang simpanan mereka secara one-off sebanyak RM10,000 daripada akaun simpanan KWSP mereka.

Wakil daripada Suara Pencarum Seluruh Malaysia, Azmi Mohd Tahir berkata, secara puratanya golongan yang difokuskan dalam isu ini merupakan golongan dari kelompok M40 dan B40 yang sangat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, walaupun banyak sektor ekonomi telah dibuka semula, namun perubahan ekonomi yang mereka alami sangat memberi impak yang besar kesan pelaksanaan PKP lebih dua tahun itu.

Terdapat diantara mereka yang telah hilang punca pencarian dan segelintir mereka yang dipotong gaji. Tidak dinafikan, ada yang telah mendapat pekerjaan semula namun gaji yang diterima tidak seperti gaji kerja yang terdahulu.

“Mereka stress terhadap hutang yang banyak tertunggak. Rumah, kereta, motor dan sebagainya terhadap bank. Bila golongan ini dikenakan PKP, kebanyakan dari mereka dipotong gajinya hingga separuh. Ada yang direct diberhentikan kerja. sebab itu hutang-hutang mereka tertunggak.

“Bila hutang tertunggak, mereka tak dapat hendak selesaikan. Jadi mereka sangat perlukan RM10,000 ini.


“Memang mereka bekerja tapi kalau liabiliti RM3,000 contohnya gaji hanya RM1,500 bagaimana hendak selesaikan? Ramai yang kata kerjalah, pergilah cari kerja. Ia memang mereka cari kerja. Tapi yang tertunggak ini macam-mana nak bayar?” jelasnya.

Azmi berkata, ada antara kumpulan ini yang tertekan hingga menzahirkan ayat mahu menamatkan hidup dan ada pula yang terpaksa mencari ah long untuk membuat pinjaman haram.

Benar keluarkan selepas dividen 2021 diisytiharkan

Cadangan agar pengeluaran simpanan RM10,000 dibenarkan selepas dividen 2021 diisytihar amat disambut baik.

Azmi berkata, pembayaran dividen membantu menambah jumlah simpanan para pencarum. Justeru pencarum tidak terasa penyusutan simpanan dalam tabungan jika wang dikeluarkan.

“Saya rasa itu sangat-sangat sesuailah. Tapi jangan sampai rayalah. Lambat sangat. Kalau boleh dipercepatkanlah. Ramai yang menangis mahukan bantuan ini.

“Menganggu mental dan emosi. Boleh jadi gila. Ada dua tiga orang menzahirkan emosi mahu membunuh diri. Bila dalam keadaan emosi kita tak tahu nak buat apa.

“Ada yang pinjam ceti haram. Orang cakap senang, kenapa pinjam ah long? Ok institusi mana yang paling senang beri pinjaman? Ah long asyik call. Ah long tak mahu dengar masalah,” katanya ketika dihubungi Malaysia Gazette.

Azmi berkata bukan mudah untuk mendesak Kerajaan membenarkan pengeluaran RM10,000 secara one-off ini.

Pihaknya telah menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azmi berkata, mereka akan berjumpa dengan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ketua Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari bagi merayu kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mempertimbangkan rayuan pengeluaran wang KWSP.

Kelangsungan hidup hari ini

Ramai yang faham tentang fungsi simpanan dalam KWSP. Nanum jika mereka tidak terdesak sudah tentu mereka tidak mahu menggunakan simpanan yang boleh memudahkan kehidupan selepas bersara.

Luahan betapa sukarnya melalui kehidupan ketika ini boleh disorot melalu laman Facebook ‘KWSP Pengeluaran RM10,000 One-Off’ dan ‘Pengeluaran KWSP 10K one off – luahan hati rakyat’.

Pengikut laman ini sangat berharap agar Kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan mereka untuk kelangsungan hidup hari ini.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kumpulan yang hilang pekerjaan, gaji dipotong, mendapat kerja baharu tetapi dengan gaji yang rendah berbanding pendapatan sebelum ini.

Ada peniaga yang memerlukan wang tersebut sebagai tambahan modal perniagaan. Ada yang memerlukan wang berkenaan bagi melunaskan hutang-hutang yang tertunggak.

“Saya pun sangat-sangat memerlukan duit. Masa PKP dua kali kena berhenti kerja. Sekarang kerja baru dapat gaji permulaan yang beza 70 peratus dari gaji dulu. Nak bayar kereta RM600, sewa bilik RM500, tol dan minyak RM300, hutang dengan member, duit mak abah. Tau-tau duit baki sebulan untuk makan cuma RM100 hidup di KL,” luah Mia Aulia.

“Baru dua bulan start balik bisnes, modal dah banyak keluar RM20,000. Covid lepas raya Cina, aduh. Takkan nak buat pinjaman lagi tambah hutang. RM10,000 one-off susah sangat ke nak luluskan. Makin susah hidup sekarang ini,” kata Mimi Rasaniyah.

Bagi mereka wang KWSP itu lebih bermakna untuk menyelamatkan kehidupan mereka yang sukar ketika ini berbanding simpanan hari tua yang entahkan panjang umur ataupun tidak.-MalaysiaGazette.

Post a Comment

0 Comments