Panduan Nasional: Pengeluaran Khas KWSP ~ Lakukan Janji Temu Online Sebelum Anda Berurusan di Kaunter KWSP. Fahami Panduan Yang Telah Disediakan

Pengeluaran Khas KWSP 10K: Berikut Dikongsikan Cara Membuat Temujanji Online KWSP Untuk Elak Kesesakan!


Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan tentang pengeluaran khas KWSP RM10,000 buat kali yang terakhir.

Kepada ahli yang berminat untuk mengeluarkan wang KWSP mereka, mereka perlulah untuk melakukan perancangan yang baik dalam usaha memudahkan proses pengeluaran.

Hal ini termasuklah dalam membuat temu janji di kaunter KWSP di setiap lokasi masing-masing.

Sehingga hari ini, masih ramai ahli KWSP yang tidak tahu cara yang betul untuk membuat temu janji di kaunter KWSP.

Untuk makluman, jika anda mempunyai sebarang urusan yang penting di kaunter KWSP, anda boleh membuat temu janji secara atas talian atau secara "walk in" terus ke kaunter KWSP yang berdekatan dengan lokasi anda.

Kepada ahli yang terus "walk in" atau membuat temu janji secara atas talian semestinya dibenarkan berurusan di bahagian kaunter.

Di sini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat temu janji di kaunter KWSP dengan mudah dan betul.

Sebab utama kenapa anda perlu membuat temu janji online sebelum melakukan sebarang urusan di kaunter KWSP adalah kerana untuk memudahkan dan melancarkan urusan.

Ditambah pula dengan penularan Covid-19, dengan cara ini akan dapat mengelak kesesakan dimana orang ramai menyerbu kaunter KWSP bagi tujuan berurusan pada satu satu masa.

Dengan cara ini, urusan di kaunter KWSP akan lebih mudah dan teratur dari segi urusan

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI ONLINE KAUNTER KWSP?

  • Layari portal laman web rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/home.
  • Kemudian pergi ke bahagian atas 'Hubungi Kami' dan tekan 'Janji Temu Online'.
  • Atau anda boleh tekan sahaja pautan ini https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu untuk terus ke bahagian janji temu online
  • Kemudian pilih 'Negeri' dan 'cawangan' kawasan daerah anda.
  • Seterusnya pilih jenis berurusan di kaunter KWSP untuk urusan apa. Contohnya anda ingin berurusan 'pengeluaran i-sinar'.
  • Pilih tarikh berurusan. Hanya tarikh yang berwarna hitam sahaja yang mempunyai kekosongan janji temu.
  • Kemudian, pilih slot jam berapa anda hendak berurusan.
  • Isi maklumat peribadi.
  • Pastikan semua kotak ditandakan.
  • Baca dan fahami perakuan pemohon.
  • Tekan buat janji temu.
  • Status permohonan akan dipaparkan
  • Anda akan menerima notis pengesahan permohonan melalui e-mail dan sms sebagai peringatan.
  • Semua ahli KWSP boleh membuat temu janji online seawal 30 hari kalender. Ahli juga boleh membuat janji temu online selewat-lewatnya satu jam sebelum masa temu janji.

Ia tertakluk kepada kekosongan slot temu janji pada waktu dan tarikh yang dimohon.

MAKLUMAT TERKINI TENTANG PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000



APAKAH WAKTU OPERASI KAUNTER KWSP?

KAUNTER
JAM8:30 PAGI SEHINGGA 4:30 PETANG PADA HARI BEKERJA SAHAJA

KHIDMAT NASIHAT PERASAAN (RAS)
JAM9:00 PAGI SEHINGGA 4:00 PETANG
PADA HARI BEKERJA SAHAJA

MAKLUMAT TAMBAHAN

Anda mestilah membuat temu janji selewatnya satu jam sebelum berurusan di kaunter KWSP

Anda boleh membuat permohonan untuk temu janji seawal 30 hari sebelum melakukan urusan atau selewat-lewatnya satu jam sebelum temu janji.

Akan tetapi, anda juga perlu tahu bahawa janji temu ini bergantung kepada slot kekosongan pada waktu dan tarikh yang anda mohon

MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi KWSP untuk sebarang pertanyaan:
TELEFON: 03-8922 6000
FAKS: 03-8922 6222

Post a Comment

0 Comments