Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 Secara "One-Off" April 2022 - Semak Status Permohonan Anda !



Serba Sedikit Maklumat Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Berikut adalah perincian untuk pengeluaran khas KWSP maksimum sehingga RM10,000:

  • Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
  • Tarikh permohonan bermula 1 April - 30 April 2022
  • Pembayaran akan bermula pada 20 April 2022
  • Jumlah pengeluaran minimum adalah RM50 sehingga maksimum RM10,000
  • Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mencukup, simpan daripada akaun 1 akan diakses




Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau memlalui aplikasi mudah alih i-Akaun yang akan dibuka bermula 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.

Semakan Status PermohonanSemakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022 di portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau melalui menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)


Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:

  • Ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
  • Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap
  • Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150

Kaedah Pembayaran & Amaun PengeluaranPembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja (single payment).

Amaun pengeluaran:

  • Minimum: RM50
  • Maksimum: RM10,000
  • Amaun pengeluaran minimum RM50 dan Maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mencukupi, akaun 1 akan digunakan.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya dalam RM100 dalam akaun 1
  • Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) bermula 20 April 2022.
  • Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan
  • Bayaran pengeluaran khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

Persediaan Kelancaran Urusan PengeluaranAhli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.

Pastikan:

  • Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP
  • Baki simpanan KWSP disemak
  • Nombor akaun bank adalah aktik (simpanan atau semasa)
  • Akaun di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh melayari Facebook rasmi KWSP di https://www.facebook.com/KWSPMalaysia atau layari https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/


Post a Comment

0 Comments