KPM Online
Cara Daftar dan Rayuan Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024 ~ KPM Online
Berita gembira untuk ibu bapa dan penjaga, anda sebenarnya telah boleh
melakukan permohonan bagi kemasukan ke tahun 1 sesi persekolahan tahun 2023
dan 2024 mulai 1 Mac 2022 yang lalu.
Untuk pengetahuan, semakan Keputusan Penempatan Murid Tahun 1 juga boleh
dibuat mulai 1 Ogos 2022.
Apakah Syarat Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024
- Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
- Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
Apakah Dokumen Yang Diperlukan
- Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
- Sijil Lahir murid
- Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
- Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
- Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
- Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)
Bilakah Tarikh Permohonan
- Tarikh Mula : 1 Mac 2022
- Tarikh Tutup : 30 April 2022
- Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
- Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022
Apakah Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024
1. Pergi ke portal SPATKPM https://public.moe.gov.my/
2. Klik Pengguna Baru
3. Tekan Daftar Pengguna
4. Klik Daftar
5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
7. Klik Permohonan Baharu
8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
9. Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
10. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke
Semak Permohonan.
12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan,
pergi ke menu Perakuan
13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan
dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat
persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.













Bilakah Tarikh Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2023 / 2024 & Semakan
Rayuan
Semua pendaftaran anak-anak untuk kemasukkan sesi tahun 2023/2024, semakan
penempatan boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022.
Rayuan boleh dibuat bermula 1 Ogos sehingga 30 Ogos 2022. Semakan keputusan
rayuan pula boleh dibuat mulai 1 Oktober 2022.
Pengesahan Pendapatan boleh dibuat dengan cara hadir ke sekolah atau dalam
talian di pautan
https://public.moe.gov.my/

Bilakah Tarikh Penting Semakan Keputusan Murid Tahun 1
- Tarikh surat keputusan penempatan : 1 Ogos 2022
- Tarikh rayuan ditutup : 30 Ogos 2022
- Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 31 Ogos 2022
- Tarikh keputusan rayuan : 1 Oktober 2022
Pesanan Penting:
Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dibuat secara online dan
keputusan juga melalui sistem.
Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh terus menghubungi nombor telefon dan
e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.
Rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH
https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0
Post a Comment
0 Comments