Cara Dapat Rekod CCRIS Secara Online Bagi Mereka Yang Ingin Membeli Rumah

Cara Dapat Rekod CCRIS Secara Online Bagi Mereka Yang Ingin Membeli Rumah


Dapatkan Rekod CCRIS Untuk Beli Rumah Secara Online

Apabila rekod CCRIS buruk banyak kesannya terhadap bagaimana percepsi bank terhadap kita. Kebiasaannya ini dikaitkan dengan pembiayaan yang dipohon sangat sukar untuk lulus. Tentu sekali ada cara untuk membersihkan imej kita dimata bank. Kami akan bantu anda menyelesaikan isu ini supaya anda dipermudahkan urusan dalam mendapat pinjaman dikemudian hari.

Apa itu CCRIS

Sebelum kita mendarat ke topik sasaran kita, adalah lebih elok jika mengenal apa itu CCRIS? CCRIS ialah singkatan kata nama bagi Central Credit Reference Information (CCRIS) dimana ia bertindak sebagai sebuah sistem pangkalan data berkomputer untuk mengumpul, proses dan menyimpan serta mencantumkan rekod sebagai maklumat kredit individu. Sistem ini dikawal selia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Laporan CCRIS juga mengandungi maklumat berkenaan Pembiayaan Tertunggak (Outstanding Balance)

CCRIS mengeluarkan laporan yang dikemaskini oleh pihak institusi kewangan masing-masing untuk menilaikan perkara seperti:
  • Rekod pembayaran
  • Jumlah pinjaman keseluruhan
  • Rekod permohonan

Bagaimana rekod CCRIS ini boleh menjadi negatif

Secara asasnya ia disebabkan oleh kelewatan anda membuat pembayaran semula kepada pihak bank. Dan jika tunggakan bayaran menjadi lebih daripada 3 bulan, akaun anda akan berada di bawah pemerhatian khas.

Cara Bersihkan Rekod Buruk CCRIS

Pergabungan Hutang

Lihat semua hutang hutang anda milik kemudian gabungkan menjadi satu. Langkah ini dapat memudahkan untuk pantau bayaran semula pembiayaan terhadap semua hutang hutang tu.

Sebagai contoh, jika ada 2 kad kredit, lakukan Balance Transfer dan potong satu kad kredit. Tumpukan kepada satu kad sahaja.

Setel kan Dulu Hutang Yang Tertunggak

Elakkan daripada pembiayaan tertunggak begitu lama. Buat bayaran walau sedikit mana pun. Tambah sumber pendapatan dapat menampung jumlah tunggakkan yang besar. Paling tepat ialah mendapat bonus atau rezeki tak disangka sangka untuk lunaskan hutang tu. Jangan pula kita bayar duit muka kereta dengan duit tu.

Lakukan Penjadualan Bayaran Balik Pinjaman

Barangkali gaji yang diterima tak mencukupi untuk bayar semua hutang pinjaman tu. Lebih baik kalau anda bincang semula dengan pihak bank tentang penjadual baru bayaran balik pinjaman. Tak dinafikan bank mungkin menolak permintaaan anda. Tak salah pun kalau mencuba. Daripada anda tak bayar langsung lebih baik anda bayar sedikit daripada tiada.


Buat Temu Duga Dengan AKPK

Kalau dah melibatkan hutang sekeliling pinggang, takkan kita nak biarkan status kewangan bertukar muflis. Bukan senang nak bangkit balik dari kegagalan menjaga kewangan diri sendiri. Anda disarankan untuk berjumpa dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang boleh membantu anda cari jalan penyelesaian tebaik mengikut situasi.

Tujuan AKPK ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu individu-individu bermasalah untuk menstruktur semula hutang-hutang yang dengan bank-bank atau institusi-institusi kewangan lain.

Post a Comment

0 Comments