Permohonan Bantuan Sehingga RM1,000 Untuk Bayi Baru Lahir Bagi Negeri Sabah Tahun 2023

Permohonan Bantuan Sehingga RM1,000 Untuk Bayi Baru Lahir Bagi Negeri Sabah


Tahukah anda, setiap kerajaan negeri di seluruh negara telah memperkenalkan bantuan bayi baru lahir dengan kadar bermula RM100 sehingga RM1,000.

Bantuan ini adalah inisiatif setiap kerajaan negeri untuk meringankan beban ibu ayah serta menggalakkan lagi kadar kelahiran di Malaysia.

Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan.

Bantuan Bayi Baru Lahir Mengikut Negeri

1. Sabah

Perlaksanaan bantuan yang memperuntukkan dana sehingga RM 5 juta ini merupakan salah satu komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan modal insan di samping menggalakkan ibu bapa untuk menabung bagi tujuan pendidikan anak sejak awal kelahiran.

Ibu bapa yang berminat dialu-alukan untuk kemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan.

Syarat Kelayakan Permohonan

Ibu bapa yang berminat untuk mengemukakan permohonan, berikut adalah syarat yang perlu ditepati:

  • Bayi berstatus Warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022
  • Ibu / bapa / penjaga berasal dari Sabah
  • Bantuan Yang Diberikan
  • Simpanan sebanyak RM100 akan dibuka atas nama bayi dalam akaun SSPN
  • Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun
Permohonan Bantuan Sehingga RM1,000 Untuk Bayi Baru Lahir Bagi Negeri Sabah Tahun 2023

Cara Membuat Permohonan

Atas Talian (Online)
  • Layari pautan permohonan https://cutt.ly/OnlineBISTARI
  • Lengkapkan borang permohonan di pautan berikut
  • Muat naik dokumen yang diperlukan
  • Pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap
  • Klik butang "Submit" untuk menghantar permohonan

Borang Permohonan
  • Muat turun borang di https://cutt.ly/BorangBistari
  • Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap
  • Sediakan dokumen yang diperlukan ( Sijil lahir bayi & kad pengenalan ibu bapa)

Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah

Post a Comment

0 Comments