Bantuan Tambahan Untuk Barangan Asas Bernilai RM600 ~ Semak Sekarang

Bantuan Tambahan Untuk Barangan Asas Bernilai RM600 ~ Semak Sekarang

Bantuan Tambahan Untuk Barangan Asas Bernilai RM600 ~ Semak Sekarang

Belanjawan Madani 2023 : Kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan sumbangan tunai kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).


Terdapat penambahan jumlah bantuan yang diberikan kepada golongan yang layak melalui bantuan ekasih. Kelayakan dilihat melalui data-data pemohon yang telah membuat permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN SEBANYAK RM600

Berikut adalah kategori penerima yang layak :

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
  • ● Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
  • ● Mestilah pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

JUMLAH BANTUAN STR 2023

Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebanyak RM 2500 bagi mereka yang layak dan ianya bergantung kepada bilangan anak pemerima STR.

Dengan nilai tambahan sebanyak RM600 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan Madani yang lepas, jumlah keseluruhan bagi bantuan STR adalah sebanyak RM3,100 kepada mereka yang layak.

APAKAH ITU BANTUAN TAMBAHAN RM600

Bantuan tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan Madani lalu bukanlah dalam bentuk tunai.

Bantuan tambahan yang dimaksudkan adalah bantuan yang berbentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan asas bernilai RM600.

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucara bagi barangan makanan asas bernilai RM 100 bagi tempoh 6 bulan.

Layari laman rasmi e-kasih https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx kelayakan anda.

Post a Comment

0 Comments