[Bajet2022] : Bantuan RM150 Untuk Belia Malaysia Di Bawah Program e-Start.

Spread the love

AVvXsEhYmFyj96g JB9IHW8VnPHqqFa6UKcG3D gesaQXbCWw5aAq7pd oSYI6tt2AgNC1MMTTU8o9Pv4A4AvdSSixS4 CaZvkzhJ3H MdDvc5ISD9c6Sk8OsI7ChQaKDD5LQJDh9eP00vhz4X8Z470lTqq 1FF YiNMXJOltrUKUlCJAoESXlgJUYc6icb=s16000


Pada pengumuman bajet 2022, bertarikh 29 Okteber 2022 yang lalu, YB Senator
Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, 
Menteri Kewangan Malaysia telahpun membentangkan beberapa rangka strategik untuk kesejahteraan
dan kesenangan rakyat malaysia amnya dan golongan belia khususnya.


Tengku Zafrul berkata, program itu dijangka akan membawa manfaat untuk
lebih 2 juta belia dengan peruntukan dana bernilai RM300 juta.

Belia berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institusi
pengajian tinggi bakal menerima kredit RM150 secara one-off dalam akaun
e-dompet masing-masing menerusi program e-Start, sebuah Skim Transaksi Tanpa
Tunai.

Bajet yang berlatarbelakangkan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”
memberi tumpuan khusus dalam memulihkan sektor-sektor yang terjejas,
meningkatkan tumpuan sistem kesihatan awam serta skop pelindungan sosial dan
merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam
menghadapi norma baharu global.

Program e-START ini adalah salah satu inisiatif yang telah diumumkan di
bawah Belanjawan 2022 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain
menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar
sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

KELAYAKAN

Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang mencapai umur 18-20 Tahun pada tahun
2022

PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan
diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa
terdekat nanti.

Untuk lebih lanjut sila layari laman web KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA.