[Bajet2022] : Cara Mohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Untuk Bujang RM350

Spread the love


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan inisiatif kerajaan untuk
meringankan beban rakyat Malaysia melalui bantuan tunai yang lebih tertumpu
kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban
yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.


Disini, Team SemakanKerjaya akan berikan info yang bermanfaat kepada anda
mengenai jumlah Bantuan BKM yang akan diterima oleh golongan bujang.

Nilai Bantuan Yang Akan Diagihkan

Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan kepada individu
Bujang

Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
  • RM350

Syarat & Kelayakan Untuk Penerima BKM Bujang

Berikut adalah syarat kelayakan untuk penerima BKM bujang:

  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak
    mempunyai anak yang menepati syarat
  • Had umur adalah 21 – 59 tahun
  • Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Tarikh Pembayaran BKM

Sehingga hari ini, kita belum mempunyai maklumat terperinci mengenai tarikh
bilakah pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan. Team SemakanKerjaya akan
memberikan update tarikh pembayaran daripada semasa ke semasa.

Cara Melakukan Permohonan BKM Bujang

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus
atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM
untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod
dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang
mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam
tempoh yang ditetapkan.

Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1
Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke
semasa)


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman
web Kementerian Kewangan Malaysia di
https://budget.mof.gov.my/2022/