Balai Polis diserang, 2 maut, 1 cedera parah

Spread the love

JOHOR BAHRU – Balai Polis Ulu Tiram digemparkan apabila dua anggota polis maut diserang pada jam 4.41 pagi Jumaat.

Sebelum itu, seorang anggota polis yang bertugas di pusat kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bersama seorang rakan setugas telah menerima panggilan kecemasan MERS999 jam 2.54 pagi.

Panggilan daripada seorang lelaki warga tempatan menyatakan anggota polis dipukul di Balai Ulu Tiram.

Ekoran panggilan tersebut, sebuah MPV JH896 telah diarahkan ke lokasi kejadian.

Serangan di Balai Polis

Difahamkan seorang konstabel dipercayai telah meninggal dunia kerana ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.

Selain itu, seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel dipercayai maut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.

Sementara itu, seorang koperal juga ditembak suspek dan kini berada di zon merah di sebuah hospital.

Suspek dipercayai telah ditembak mati dan dua senjata iaitu sepucuk pistol jenis Walther P99 dan selaras HK MP5 telah dirampas daripada pihak penyerang.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar ketika ditemui di balai polis tersebut mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sedang dalam perjalanan menuju ke Balai Polis Ulu Tiram.

Ketika ini, petugas media sedang berkumpul di lokasi kejadian.

Pilihan Pembaca:—————————

———————————————————

Sumber: Sinar Harian