Bantuan eKasih : Semakan Status 2025 ~ Cek Layak Atau Tidak (RM100 & RM50 Setiap Bulan)
Kerajaan terus berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bantuan untuk memastikan kebajikan rakyat terjaga. Antara bantuan yang disediakan ialah sokongan kewangan khas, termasuklah pemberian bantuan bulanan selama setahun, yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah serta individu yang memerlukan, khususnya mereka yang berdaftar dalam sistem eKasih.
Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan eKasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Apa Itu Bantuan eKasih
Bantuan eKasih merupakan sistem pangkalan data yang menyimpan maklumat berkaitan kemiskinan individu di Malaysia. Sistem ini bertujuan memantau isu kemiskinan rakyat secara menyeluruh.
Individu yang berdaftar dalam eKasih, khususnya golongan miskin dan miskin tegar, layak menerima pelbagai inisiatif bantuan yang disediakan oleh kerajaan, termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Baca Juga: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4: Panduan Lengkap untuk Semakan dan Bayaran 2025
Walaupun penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) turut menerima bantuan SARA, jumlah wang bantuan yang diterima adalah berbeza dengan penerima yang berdaftar dalam eKasih.
Selain itu, pendaftar eKasih juga boleh memohon bantuan STR untuk menambah bantuan kewangan yang diterima daripada kerajaan.
Syarat Penerima Bantuan eKasih
Penerima bantuan yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan (SARA MyKasih) :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; ATAU
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
Cara Semak Status Bantuan eKasih
Status Kelayakan bantuan bulanan boleh disemak melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih
- Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih
- Portal Rasmi STR
- Penerima STR 2025, BUKAN eKasih
Panduan Lengkap Semakan Status Kelayakan Bantuan Bulanan di portal MyKasih seperti berikut:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
- Kemudian, tekan [Semak Status] pada bahagian
‘SEMAKAN PELAKSANAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)’ - Bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Klik Semakan Status.
- Status kelayakan penerima akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)]. - Selesai.
Panduan LengkapSemakan Status Kelayakan Bantuan Bulanan di portal MySTR seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status kelayakan penerima akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)]. - Selesai.
Semakan Tarikh Agihan Bantuan eKasih
Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN |
---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih | Bermula Januari 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN eKasih) | Bermula April 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa |
Catatan: Kaedah penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
Kategori Bantuan eKasih
Kadar bantuan yang adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang | RM 600 (RM50 sebulan) | – |
Rujukan
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MYKASIH, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
Penafian
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf
Khairi is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”