Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Kategori Bujang RM350 2022 | Tarikh Bayaran Bermula Mac | Semakan Kerjaya

Spread the love

AVvXsEjhVFHA0YiyjyNa0saxEj4xVdBnzzK5of15xsaMgIMRq KVBkM2avRoMRhWqu MsktYYrV2ZHaG3YcCx2mhk g7CvAdvWCRws9KRIxfLqGiO3hPVlvhHsMzOd1KbqWBr60Fh3cJXc

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu
kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban
yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.


Kami kongsikan kepada anda jumlah Bantuan BKM yang akan diterima oleh
bujang.

Kadar Bantuan Yang Diberikan


Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan kepada Bujang

Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
  • RM350

Syarat Kelayakan Untuk Penerima Bujang

Berikut adalah syarat kelayakan untuk penerima BKM bujang:
  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak
    mempunyai anak yang menepati syarat
  • Had umur adalah 21 – 59 tahun
  • Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

__________________________________________________________________________


Anda Mungkin Berminat Dengan Artikel Ini:


__________________________________________________________________________

Tarikh Pembayaran BKM

Untuk maklumat, pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali dalam masa
setahun.

Tarikh pembayaran akan bermula pada bulan Mac
2022.


Cara Membuat Permohonan

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus
atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM
untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod
dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang
mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam
tempoh yang ditetapkan.

Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1
Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke
semasa)

AVvXsEiklUh4erFR642B9Zuj5pvW5

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman
web Kementerian Kewangan Malaysia di
https://budget.mof.gov.my/2022/