Bantuan Ketua Isi Rumah Sarawak 2025 : Cara Mohon & Syarat

Spread the love

Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS) adalah satu usaha Kerajaan Sarawak bertujuan menghargai usahawan wanita;

Khususnya mereka yang tersenarai dalam kelompok miskin tegar dengan pendapatan isi rumah RM1,298.00 dan ke bawah.

Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS) adalah bantuan tunai berjumlah RM500 untuk seorang penerima (one-off).

Permohonan Bantuan KIRWaS adalah dengan menghantar borang permohonan yang telah diisi berserta dokumen sokongan lengkap kepada JWKS secara online.

Pemantauan pendapatan akan dibuat selama enam (6) bulan dari tarikh penerimaan bantuan.

Definisi Ibu Tunggal dan Ketua Isi Rumah Wanita

image 11
  • Ibu Tunggal: Merujuk kepada ibu yang telah bercerai, balu, atau wanita yang mempunyai anak jagaan yang berdaftar.
  • Ketua Isi Rumah Wanita: Wanita yang menjadi pencari nafkah utama keluarga; termasuk mereka yang mempunyai suami tetapi suami tidak berdaya untuk bekerja.

Pilihan Pembaca:
Jawatan Kosong MARA : Minimum SPM Layak Mohon ~ Gaji Sehingga RM6,620 & Elaun Menarik Diberikan
Jadual STR 2025: Tarikh Bayaran Bantuan ~ Cek Kelayakan Anda


Syarat dan Kriteria Permohonan

Permohonan Bantuan Ketua Isi Rumah Sarawak

Untuk memohon Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS), pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Kewarganegaraan: Pemegang kad pengenalan berstatus “K” atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus “K”.
  2. Umur: Usahawan wanita Sarawak berumur 18 tahun dan ke atas yang terlibat dalam perniagaan.
  3. Status: Ibu tunggal atau ketua isi rumah wanita.
  4. Pendapatan: Pendapatan isi rumah RM1,298.00 dan ke bawah.
  5. Bantuan Lain: Bukan penerima Bantuan Kebajikan.
  6. Dokumen: Mengemukakan borang permohonan yang lengkap diisi beserta salinan dokumen yang disahkan.

Dokumen Sokongan yang Diperlukan

Pemohon perlu menyediakan salinan dokumen berikut yang telah disahkan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Muka depan buku bank atau salinan penyata akaun bank yang jelas memaparkan maklumat pemegang akaun.
  • Salinan penyata gaji/pencen atau surat pengesahan pendapatan terkini.
  • Sijil cerai, sijil kematian, atau surat pengesahan sebagai ketua isi rumah yang disahkan oleh Ketua Kampung/Ketua Kaum/pegawai yang berkelayakan.
  • Salinan sijil pendaftaran perniagaan atau lesen & permit perniagaan (jika ada).
  • Dokumen lain yang berkaitan (contoh: surat pengesahan bujang namun mempunyai anak jagaan, surat OKU, dll.).

Cara Permohonan Bantuan Ketua Isi Rumah Sarawak

Permohonan Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS) boleh dibuat secara dalam talian dengan mengisi borang permohonan yang disediakan oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS).

Borang permohonan boleh diakses melalui pautan berikut: https://jwks.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/182

  • Pemantauan: Pendapatan penerima akan dipantau selama enam bulan dari tarikh penerimaan bantuan.
  • Penafian: Borang permohonan adalah percuma dan hendaklah diisi serta dikemukakan sendiri oleh pemohon. Tiada perkhidmatan disediakan atau pembayaran dikenakan bagi permohonan melalui borang ini. Keputusan permohonan hanya dibuat oleh pihak JWKS, dan tiada pihak dilantik untuk meluluskan permohonan atau penyediaan salinan dokumen.

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS), pemohon boleh menghubungi pegawai seperti di bawah berikut:

  • Puan Nur Diana
  • Cik Sharifah Nurul Fatihah
  • Puan Vivian Tsai Pei Chin
  • No. Tel: 082-512666
  • Email: [email protected]

Inisiatif KIRWaS diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan usahawan wanita di Sarawak, khususnya mereka yang berada dalam kategori miskin tegar, serta memperkasa peranan wanita dalam pembangunan ekonomi negeri.