Bantuan Khas Aidilfitri : Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1500 Sempena Perayaan

Bantuan Khas Aidilfitri: Kerajaan Johor telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,500

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan khas itu juga akan memanfaatkan seramai 17,704 penjawat awam negeri, termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan-badan berkanun negeri.

Bantuan Khas Aidilfitri

image 28
Bantuan Khas Aidilfitri : Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1500 Sempena Perayaan 5

Menurutnya, Bantuan Khas Aidilfitri ini akan dibayar sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pilihan Pembaca:—————————

———————————————————

Dalam pada itu, Onn Hafiz memaklumkan kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk menimbal guna bayaran insentif awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) tahun 2024.

“SSPA diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk diguna pakai di semua jabatan negeri, PBT dan badan berkanun negeri.

“BIA Kajian SSPA tahun 2024 sebanyak RM2,000 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana, Gred 56 dan ke bawah, manakala RM1,000 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Gred Jawatan Utama/Khas,” katanya dalam kenyataan pada Khamis lalu.

Banner Telegram 1 1 24
Bantuan Khas Aidilfitri : Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1500 Sempena Perayaan 6

Tambah Onn Hafiz, timbal guna BIA Kajian SSPA tahun 2024 akan memanfaatkan seramai 17,704 kakitangan awam.

“Kerajaan negeri berharap pemberian Bantuan Khas Aidilfitri dan Menimbal Guna Bayaran Insentif Awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) tahun 2024 ini dapat dijadikan sebagai pemangkin untuk berkhidmat dengan penuh amanah, dedikasi dan integriti

“Seterusnya dapat memacu Johor ke satu tahap yang lebih baik demi kesejahteraan Bangsa Johor,” ujarnya.

SUMBER : Berita Harian

Penafian

SemakanKerjaya tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.