Bantuan Khas Sarawakku Sayang | Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Kepada Isi Rumah & Bujang

Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Kepada Isi Rumah &
Bujang RM500. Berita baik buat rakyat negeri Sarawak yang terkesan
akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19

Untuk makluman, terkini kerajaan negeri Sarawak akan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 (BKSS)
khas kepada ketua isi rumah dan golongan bujang yang terkesan PKP. 

Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali
sebanyak RM500 kepada 377,806 individu bujang yang berumur 21 tahun ke
atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan.

Manakala, isi rumah
yang tidak tersenarai dalam BKSS akan menerima bayaran sebanyak RM1,500.
Berikut adalah permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0. 

Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Kepada Isi Rumah & Bujang RM500

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Khas Sarawakku
Sayang 3.0 termasuk memaparkan jumlah bayaran dan permohonan. Dalam
pengumuman terbaru daripada kerajaan negeri Sarawak, BKSS 3.0
mengandungi 7 langkah tambahan yang lebih inklusif untuk meningkatkan
kesejahteraan hidup rakyat di Sarawak.

LANGKAH 1: INSENTIF UNTUK KETUA ISI RUMAH B40 TERMASUK BUJANG
BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS YANG BERPENDAPATAN RM2,000 SEBULAN DAN KE
BAWAH DI SARAWAK

Dalam pengumuman BKSS 1.0 sebelum ini, Ketua Isi Rumah kategori B40
di Sarawak yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah diberi
bantuan tunai bulanan sebanyak RM250 selama 6 bulan.

Pada masa yang sama, Kerajaan Sarawak telah menerima banyak maklum
balas daripada Ketua Isi Rumah yang layak tetapi tidak tersenarai dalam
BKSS 1.0. Sehubungan ini, Kerajaan Sarawak telah membuka peluang bagi
Ketua Isi Rumah yang layak untuk membuat rayuan secara atas talian atau
melalui Pejabat Daerah yang berhampiran mulai 18 April sehingga 28 April
2020.

Berdasarkan rayuan tersebut, saya dengan sukacitanya ingin
mengumumkan bahawa Kerajaan Sarawak akan menyalurkan bantuan pembayaran
secara tunai sebanyak RM1,500 kepada anggaran 30,000 Ketua Isi Rumah
yang sebelum ini tidak tersenarai di bawah BKSS 1.0.

Saya juga dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan
Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak
RM500 kepada 377,806 individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang
berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Langkah ini dijangka akan
melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM234.0 juta.

LANGKAH 2: TAMBAHAN UNTUK GERAN KHAS RM750 KEPADA PENJAJA DAN
PENIAGA KECIL YANG BERDAFTAR DENGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MELALUI
SARAWAK PAY

Dalam BKSS 2.0, saya telah mengumumkan Geran Khas berjumlah RM1,500
kepada para penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak
Berkuasa Tempatan yang akan dibayar secara 2 peringkat iaitu RM750 pada
bulan Mei dan RM750 pada bulan Julai 2020.

Memandangkan para penjaja dan peniaga kecil merupakan golongan yang
paling terkesan oleh wabak ini, sukacita saya mengumumkan Kerajaan
Sarawak akan menambah Geran Khas ini selama sebulan lagi iaitu sebanyak
RM750 kepada mereka.

Dengan tambahan ini, setiap penjaja dan peniaga kecil akan menerima secara keseluruhannya sejumlah RM2,250 melalui Geran Khas
ini. Saya berharap tambahan sebulan lagi akan membantu golongan ini
yang terjejas dari segi pendapatan pada masa ini. Bantuan Geran Khas ini
akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM48.75 juta.

LANGKAH 3: ELAUN BULANAN KHAS PETUGAS BARISAN HADAPAN YANG MENANGANI WABAK COVID-19 DI SARAWAK

Dalam BKSS 1.0, saya telah mengumumkan Elaun Bulanan Khas kepada
petugas barisan hadapan yang menangani wabak COVID-19, iaitu kakitangan
Perubatan, Imigresen dan PDRM, petugas Bilik Gerakan Negeri, Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) dan anggota RELA sebagai penghargaan atas
sumbangan dan pengorbanan mereka.

Kerajaan Sarawak juga amat menghargai sumbangan dan pengorbanan
anggota barisan hadapan lain yang turut terlibat secara langsung dalam
pengurusan wabak COVID-19 dan terdedah kepada risiko jangkitan semasa
menjalankan tugas di Sarawak. Dalam hal ini, saya telah bersetuju supaya
Elaun Bulanan Khas kepada petugas barisan hadapan sebanyak RM200 untuk
enam bulan juga di kepada:

  • 358 anggota Kastam DiRaja Malaysia yang menjalankan tugas di
    semua pintu masuk sempadan, pelabuhan dan lapangan terbang di seluruh
    Sarawak
  • 870 kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang membantu
    melaksanakan tugas perkhidmatan kecemasan, kerja-kerja pemeriksaan dan
    sanitasi di seluruh Sarawak
  • 887 anggota BOMBA dan Penyelamat
    dalam menjalankan perkhidmatan kecemasan dan kerja-kerja sanitasi,
    khususnya di kawasan berisiko tinggi; dan
  • 500 anggota Angkatan
    Pertahanan Awam (APM) yang membantu pihak PDRM dan ATM dalam memastikan
    pelaksanaan PKP dipatuhi sepenuhnya.

Kerajaan Sarawak akan membelanjakan RM3.2 juta untuk membayar Elaun Bulanan Khas ini.

LANGKAH 4: INSENTIF UNTUK PEMILIK DAN PENGENDALI PENAMBANG YANG BERDAFTAR DENGAN LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK (SRB)

Penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan penurunan drastik pengguna
penambang khususnya para pelancong. Ini telah menjejaskan pendapatan
pemilik dan pengendali penambang di seluruh Sarawak.

Kerajaan Sarawak prihatin dengan nasib pengusaha penambang. Oleh itu,
bantuan tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 akan diberi
kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di Sarawak. 

Bantuan
ini akan memberi manfaat kepada 199 pemilik dan pengendali penambang dan
diharap dapat mengurangkan beban kewangan mereka. Langkah ini akan
melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM99,500.

LANGKAH 5: INSENTIF UNTUK PENGENDALI VAN PENUMPANG, PEMANDU TEKSI, PENGENDALI BAS DAN VAN SEKOLAH YANG BERDAFTAR DI SARAWAK

Kerajaan Sarawak amat prihatin dengan kehilangan punca pendapatan
pengendali van penumpang, pemandu teksi, pengendali bas dan van sekolah
yang berdaftar di Sarawak akibat wabak ini.

Kerajaan Sarawak menghargai sumbangan mereka dalam membantu urusan
seharian kita. Mereka menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada
pelajar – pelajar sekolah kita, para pelawat dan pelancong yang datang
ke Sarawak dan rakyat tempatan yang memerlukan perkhidmatan
pengangkutan.

Oleh yang demikian, Kerajaan Sarawak akan menyediakan bantuan
kewangan secara one-off iaitu sekali sebanyak RM600 kepada 959
pengendali van penumpang, 1,976 pemandu teksi dan 739 pengendali bas dan
van sekolah yang berdaftar di Sarawak. Bantuan ini akan melibatkan
perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM2.20 juta.

LANGKAH 6: GERAN KHAS KEPADA PEMANDU PELANCONG DAN PEMANDU PELANCONG TAMAN NEGARA YANG BERLESEN

Industri pelancongan merupakan industri yang paling terjejas akibat
wabak COVID-19. Perkara ini telah menyebabkan agensi pelancongan di
Sarawak kehilangan sumber pendapatan kerana pembatalan lawatan oleh
pelancong dan tidak ada tempahan untuk 6 bulan yang akan datang.

Oleh yang demikian, Pemandu Pelancong dan Pemandu Pelancong Taman
Negara di Sarawak turut terkesan akibat situasi ini dan ramai mungkin
akan hilang pekerjaan dan punca pendapatan.

Bagi meringankan beban kewangan mereka, Kerajaan Sarawak akan memberi
Geran Khas secara one-off iaitu sekali sebanyak RM1,500 kepada 145
Pemandu Pelancong dan 113 Pemandu Pelancong Taman Negara yang berdaftar
di Sarawak. Pemberian Geran Khas ini akan melibatkan perbelanjaan
Kerajaan Sarawak sebanyak RM387,000.

LANGKAH 7: PERKHIDMATAN CAWANGAN BANK BERGERAK BSN YANG DILENGKAPI DENGAN MESIN ATM MEPS KE KAWASAN LUAR BANDAR

Untuk meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah:

(1) Kerajaan Sarawak telah memberi bantuan tunai melalui Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS); manakala

(2) Kerajaan Persekutuan pula melalui Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Bantuan tunai ini disalurkan melalui perkhidmatan bank khususnya Bank Simpanan Nasional (BSN).
Namun,
terdapat rakyat di kawasan luar bandar mengalami kesukaran untuk
mendapat akses kepada perkhidmatan bank kerana tidak ada perkhidmatan
bank di luar bandar.


Sumber : Ucapan Ketua Menteri Sarawak 

Soalan Lazim Mengenai Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS). Anda boleh tekan pautan yang berikut untuk mengetahui maklumat lanjut tentang bantuan tersebut.

SOALAN LAZIM BKSS