BMT : Bantuan Musim Tengkujuh RM200 Dibayar Bulan Ini

Spread the love

Bantuan Musim Tengkujuh – Fasa 1 berjumlah RM200 akan dibayar pada bulan ini (November) secara berperingkat kepada mereka yang layak. Untuk makluman, inisiatif khas ini telah diperkenalkan pada sesi Bajet 2023.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH FASA 1

Pelbagai jenis insentif ditawarkan pada tahun ini untuk memberi manfaat kepada rakyat khususnya mereka yang memerlukan. Salah satu inisiatif yang akan diberikan pada bulan ini ialah Bantuan Monsun.

Program bantuan BMT ini merupakan insentif khas dalam bentuk bantuan kewangan yang diuruskan oleh RISDA. Kadar pemberian adalah RM800, tetapi pengkreditan disalurkan secara berperingkat mengikut jadual di bawah.

  • Fasa 1 : November 2023 (RM200)
  • Fasa 2 : Disember 2023 (RM200)
  • Fasa 3 : Januari 2024 (RM200)
  • Fasa 4 : Februari 2024 (RM200)
bmt 2023

Kaedah pembayaran bantuan khas BMT ini dilakukan secara kredit terus Pemindahan Dana Elektronik (EFT) ke dalam akaun bank aktif yang didaftarkan kepada penerima semasa permohonan dikemukakan.
Tujuan utama pelaksanaan bantuan BMT masih diteruskan pada tahun ini adalah untuk meringankan dan mengurangkan beban kewangan. Rakyat Malaysia yang merupakan pekebun kecil dan penoreh getah layak menerima insentif ini.

KELAYAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH FASA 1

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan musim tengkujuh pada tahun ini seperti di bawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil/ penoreh getah yang berdaftar dengan RISDA
  • Penerima hanya layak menerima insentif ini sekali sahaja
  • 1 lot sahaja untuk seorang pekebun kecil (sama ada pemilik atau penyewa)
  • Mempunyai keluasan tanah 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
  • AdaLah pemilik sah tanah bagi pemilik usahawan atau pengesahan daripada pemilik sah tanah bagi kategori menoreh bukan pemilik.
  • Mempunyai kad permit autograf getah (PAT-G) yang masih sah untuk penoreh bukan pemilik sahaja.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH FASA 1

Untuk makluman umum, semakan status kelayakan permohonan boleh dibuat secara online. Anda boleh menyemak melalui laman web rasmi BMT RISDA – DI SINI

Info Penting: Permohonan BMT boleh dihantar sehingga tarikh tutup yang ditetapkan pada 15 September 2023.

MAKLUMAT LANJUT

Selain BMT, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif dalam bentuk bantuan kewangan yang disediakan kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas.