Bantuan Musim Tengkujuh RM600 Akan Dikreditkan Disember Ini

Spread the love
AVvXsEjFjJ5BHAbnoguU HrhWKXDBtBxZcW YtLh6PpfAU XpKtYIKfsaeoORQ XSZ7YuIRq9ObvQmwr6w76H8NtBSrOkSBH7HKXoCKQKllvHVdneZiy79EwHz0FdlnW rtpj7CqEtnyMmZR poVB BanGFRVNRyW2rVpqF2l726 HdOKY9CK 9mXXw2ch0=s16000

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau RISDA telah
mewujudkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
bagi membantu pekebun kecil yang terjejas pendapatannya.


APA ITU BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)


Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang
terjejas pendapatannya akibat tidak dapat menoreh ketika musim hujan.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah keseluruhan adalah berjumlah RM 600. Tetapi pembayaran dilaksanakan
dengan 2 fasa iaitu pada bulan
  • November berjumlah RM 300
  • Disember berjumlah RM 300

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan sudah ditutup pada 15 November lalu. Tiada permohonan
baru dibuka setakat ini.

TEMPOH PELAKSANAAN

Tempoh pelaksanaan bermula 15 September sehingga 15 November 2021.
Manakala, rayuan bagi permohonan yang gagal berumur 16 November hingga 30
November 2021.

SYARAT KELAYAKAN BMT 2021

Berikut ialah syarat yang diperlukan untuk menerima bantuan di atas.

1. PEKEBUN KECIL RISDA
  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektor hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya seorang penerima bantuan sahaja (sama ada pekebun kecil
    atau penoreh)

2. PENOREH BUKAN PEMILIK
  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya seorang penerima bantuan sahaja (sama ada pekebun kecil
    atau penoreh)
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G)

KAEDAH BAYARAN

Berikut ialah kaedah bayaran yang ditetapkan oleh RISDA :
  • Bayaran dibuat pada bulan November untuk fasa 1 berjumlah RM 300 dan RM
    300 untuk fasa 2 bulan Disember menjadikannya jumlah keseluruhan RM
    600.
  • Pembayaran terus dikreditkan kepada akaun pekebun kecil atau penoreh
    yang layak melalui Electronic Fund Transfer (EFT).

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh hubungi talian hotline
RISDA
  • 03-425 101 71
  • www.risda.gov.my