RASMI : Bantuan Perayaan Khas Sehingga RM1000

Bantuan Perayaan Khas Sehingga RM1000 ataupun Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) RM1,000 kepada semua penjawat awam.

Ipoh: Kerajaan Perak telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri dan buat julung kalinya mengumumkan bantuan sama kepada 995 ketua kampung di negeri ini.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, selain penjawat awam negeri dan ketua kampung, bantuan itu akan diberikan termasuk kepada guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ) serta pekerja sambilan harian.

Banner Telegram 1 1 18
RASMI : Bantuan Perayaan Khas Sehingga RM1000 5

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Bantuan Perayaan Turut Diberikan Kepada Semua Ketua Kampung

“Buat julung kalinya juga, bantuan perayaan khas ini turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri,” katanya ketika berucap kira-kira 800 hadirin sempena Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar bersama penjawat awam negeri Perak di Laman Seri Ridzuan.

Saarani berkata, BKK Raya itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan 8,804 penerima.

image 15
Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Perak Bersama Penjawat Awam – Sumber Foto : UMNO Online

Difahamkan, bantuan atau bonus yang diberikan itu akan dibayar sebelum Aidilfitri tiba.

Sebagai rekod, tahun lalu kerajaan Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri RM700 kepada seluruh penjawat awam negeri itu selain RM500 kepada semua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

SUMBER : hmetro

Penafian

SemakanKerjaya tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.