Bantuan Prihatin Nasional | Pembayaran BPN Gagal Kredit Tetapi Status BPN Lulus?

Spread the love

Apa yang patut pemohon lakukan sekiranya status BPN lulus tetapi gagal dikreditkan?

KENAPA BPN LULUS TETAPI GAGAL KREDIT?


Jika perkara ini berlaku, kemungkinan ada kesalahan yang dilakukan oleh pemohon ketika membuat permohonan BPN. Seperti yang sudah sedia maklum, sekiranya status permohonan BPN lulus, pemohon tidak perlu membuat apa-apa. Pemohon hanya perlu menunggu duit BPN dikreditkan terus ke dalam bank akaun.


Antara contoh kesalahan yang dilakukan pemohon ialah, status permohonan BPN sudah diluluskan oleh pihak LHDN, tetapi pemohon tetap membuat permohonan yang baru.


AKIBAT DARIPADA KESALAHAN TERSEBUT

Jika pemohon membuat kesalahan tersebut, ini menyebabkan permohonan terduplikasi dan akhirnya pembayaran duit BPN GAGAL KREDIT ke akaun pemohon.


Sekiranya pembayaran GAGAL KREDIT, pemohon hendaklah menunggu No. Siri yang diberikan oleh Pihak LHDN dan pemohon boleh menunaikan No. Siri di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Namun, pemohon boleh menunaikan No. Siri di kaunter BSN setelah tamat tempoh PKP.

Untuk maklumat lanjut cara-cara mendapatkan No. Siri BPN, anda boleh tekan ke pautan yang berikut.

CARA-CARA MENDAPATKAN NO. SIRI BPN 

Berikut merupakan jawapan yang dikongsikan oleh Siti, Pegawai Khidmat MyGCC bagi persoalan yang dikemukakan di atas.

Kenapa Pembayaran Saya Gagal Kredit

Kesimpulannya, sekiranya status permohonan anda lulus, maka anda tidak perlu membuat permohonan baru dan hanya menunggu pembayaran duit BPN dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda.

Walaupun gagal kredit, ini tidak bermakna pemohon tidak mendapat menerima bantuan tersebut cuma ia akan diterima dalam bentuk tunai.

1 thought on “Bantuan Prihatin Nasional | Pembayaran BPN Gagal Kredit Tetapi Status BPN Lulus?”

Comments are closed.