Seperti yang sudah sedia maklum, individu yang “tidak mempunyai rekod” ketika menyemak status BPN haruslah mengemukakan permohonan baru. Permohonan BPN ini telah dibuka sejak 1 April yang lalu sehingga 30 April ini. Namun, masih ramai yang tertunggu dan tertanya -tanya tentang status permohonan BPN bagi pemohon yang baru mengemukakan permohonan baru. Kenapa status BPN masih memaparkan “PERMOHONAN DI TERIMA” sejak permohonan dibuat.
Namun begitu, pemohon tidak perlu risau tentang status yang dipaparkan kerana ia bukan bermaksud anda tidak layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Seperti yang sudah diumumkan oleh Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, tiada sesiapa yang akan tercicir.
Untuk maklumat lanjut tentang status “PERMOHONAN DITERIMA”, ikuti perkongsian di bawah.
KENAPA STATUS MASIH “PERMOHONAN DITERIMA”?
Jika anda membuat permohonan baru dalam tempoh 1 April 2020 sehingga 30 April 2020, permohonan ini termasuk dalam permohonan baru. Berikut merupakan penjelasan lanjut tentang status ini.
Seperti yang sudah dijelaskan oleh Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC, permohonan baru dan permohonan rayuan BPN akan diproses pada bulan Mei.
Ini bermaksud:
- Tiada sebarang keputusan atau pembayaran bagi permohonan baru dan permohonan rayuan pada bulan April 2020.
- Sesiapa yang membuat permohonan sepanjang tempoh 1 April 2020 sehingga 30 April 2020, status permohonan “PERMOHONAN DITERIMA” akan dipaparkan.
- Pembayaran juga akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.
Bagi sesiapa yang sudah membuat permohonan baru dan rayuan, anda boleh menyemak status permohonan selepas tarikh tutup permohonan iaitu pada 30 April 2020. Semakan boleh dibuat di laman web Bantuan Prihatin Nasional
Asyraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”