Bantuan RM100 Dikreditkan Terus Dalam MyKad Setiap Bulan : Senarai Penerima Yang Layak Dan Cara Menggunakannya
Tahukah anda? Kerajaan telah memperkenal bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima STR. Bantuan ini adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima STR yang layak sahaja.
Bantuan ini akan diberikan secara berfasa dan minimum jumlah bayaran tambahan diterima adalah RM150 sehingga maksimum RM1,200 mengikut kategori kelayakan.
Berikut dikongsikan maklumat penuh mengenai bantuan ini.
Bantuan RM100 Setiap Bulan
Untuk tahun 2024, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk makluman SARA adalah bantuan yang diberikan kepada penerima STR yang berkelayakan.
Kadar bantuan SARA juga telah dinaikkan kepada RM1200 berbanding tahun ini RM600.
Melalui inisiatif SARA ini, penerima STR yang layak akan menerima bantuan secara tanpa tunai sebanyak RM100 selama 12 bulan secara automatik dikreditkan ke MyKad masing-masing.
Syarat Kelayakan Bantuan RM100
Berikut adalah syarat kelayakan bantuan RM100:
- Warganegara Malaysia
- Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi kategori isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Tarikh Bayaran & Penebusan Bantuan RM100
Bagi mereka yang permohonan STR diluluskan dan menepati syarat-syarat kelayakan SARA, mereka akan menerima bantuan ini bermula pada bulan Januari 2024.
Penerima yang layak kemudiannya akan diberikan penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.
Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di
- Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan STR di PlayStore
- Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
- MoF: 03-8882 4565 / 4566
- Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah Bantuan SARA?
Bantuan SARA adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima STR yang layak dan tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM
Berapakah Jumlah Bantuan SARA?
Kadar bantuan SARA berbeza mengikut kategori kelayakan. Minimum RM150 sehingga maksimum RM1,200
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.
Asyraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”