Bantuan RM1200 Dalam MyKad Mula Diagihkan Hari Ini

Spread the love

Bantuan RM1200 Dalam MyKad Mula Dikreditkan – Semak Status Kelayakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2024 Anda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023. Belanjawan ini mengandungi pelbagai inisiatif dan program yang sama dengan visi beliau untuk membangunkan negara.

Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bantuan RM1200 Dalam MyKad

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah program bantuan kerajaan yang ditujukan kepada golongan yang memerlukan. Program ini akan diteruskan di bawah Belanjawatan 2023, seperti yang diumumkan oleh pihak Kerajaan. Penerima STR yang layak juga akan mendapat SARA, iaitu tambahan wang tunai untuk membantu mereka menghadapi kos sara hidup.

Bagi tahun hadapan, kadar SARA akan dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600 tahun ini.

Melalui SARA, penerima berkelayakan akan menerima bantuan secara tanpa tunai (cashless) sebanyak RM100 setiap bulan selama setahun (12 bulan) secara automatik melalui MyKad masing-masing.

Banner Semakan Kerjaya 4
Bantuan RM1200 Dalam MyKad Mula Diagihkan Hari Ini 5
image 2
Bantuan RM1200 Dalam MyKad Mula Diagihkan Hari Ini 6

Pilihan Pembaca:

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan RM1200 Dalam MyKad Mula Dikreditkan

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Tarikh Pembayaran Bantuan RM1200 Dalam MyKad Mula Dikreditkan

Penerima bantuan STR yang permohonan mereka diluluskan dan memenuhi kriteria kelayakan akan mendapat bantuan ini mulai bulan Januari 2024.

Penerima yang layak kemudiannya akan diberi penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Ringkasan Belanjawan 2024 – DI SINI.