Bantuan RM150 Seorang Untuk Anak Anda Yang Berumur 17 Tahun Dan Ke Bawah | Bantuan Awal Persekolahan | Syarat Kelakan | Semakan Kerjaya

AVvXsEgvsSYQNKjlUa4MLDVXCo9BqJoeZO7SNfvM9ojE weBxq3Vle9JMh8Z7fLNZKHZdnQtYm57KSNt82t2sT3THh4o5tZD2ostyUtmvS2ZcSWiDdHEXkuJQXrCOF0Jt1eD40eqrlqLzTMY1z9j gfUfC6 wYfpJuHk L86qM6eq3FMUNrKCse3EmfLIh5l=s16000

Berita baik kepada para pelajar sekolah, melalui pembentangan Bajet 2022
baru-baru ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Awal
Persekolahan sebanyak RM150 untuk setiap murid.


Bantuan Awal Persekolahan ini akan memberikan manfaat kepada lebih 3 juta
murid-murid yang layak dengan jumlah bantuan sebanyak RM450 juta.

Berikut kami kongsikan syarat kelayakan Bantuan Awal Persekolahan 2022
ini.

Bantuan Awal Persekolahan RM150


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang
bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang
ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Bantuan ini akan diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5
atau yang setaraf dengannya di kalangan keluarga yang berpendapatan Isi
Rumah Kasar RM3,000 dan ke bawah.