Bantuan Hari Raya Dan Hari Gawai RM500 Untuk Penjawat Awam Sarawak. Menurut sebuah pekeliling yang telah tular, Kerajaan Sarawak turut mengikut jejak Kerajaan Pusat dengan memberi bantuan Hari Raya dan Gawai sebanyak RM500 untuk penjawat awam di negeri tersebut.
Bantuan Hari Raya Dan Hari Gawai RM500 Untuk Penjawat Awam Sarawak
Akan dibayar sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri dan Gawai
Merujuk pekeliling tersebut, RM500 tersebut akan diagihkan sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri yang akan datang tidak lama lagi.
Bantuan khas aidilfitri dan gawai tahun 2020 ini juga adalah berselarasan dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2020: Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak termasuk Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
Untuk pengetahuan, bantuan khas ini akan diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri dari Gred 1 sehinggalah Jusa.
Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dan pegawai yang bersara dalam tempoh 1 Januari 2020 sehingga 20 Mei 2020 juga turut layak untuk menerima bantuan ini.
Sebelum ini, Kerajaan Pusat juga telah mengumumkan bantuan hari raya sebanyak RM500 kepada penjawat awam persekutuan.
Bantuan khas tersebut juga dipanjangkan kepada guru interim, pegawai lantikan sementera dan juga pegawai yang bercuti tanpa gaji.
Khairi is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”