BANTUAN RM500 UNTUK PENJAJA/ PENIAGA KECIL | SELANGOR PRIHATIN


BANTUAN RM500 UNTUK PENJAJA KECIL ( SELANGOR PRIHATIN )




Penularan Covid-19 yang telah dikategorikan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyebabkan Malaysia melaksanakan langkah-langkah untuk mengelakkan penularan Covid-19 serta memutuskan rantaian Covid-19 dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat.

Ini menyebabkan aktiviti-aktiviti turut terjejas termasuklah aktiviti menjual. Bagi mengurangkan beban yang dihadapi oleh penjual, kerajaan Selangor telah melaksanakan Pakej Rangsangan iaitu Pakej Selangor Prihatin.


Kerajaan Selangor membuka permohonan bantuan sekali bayar RM500 untuk peniaga kecil yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.


KELAYAKAN MEMOHON
  • ● Peniaga memiliki lesen / Permit Penjaja ( di bawah UUK Penjaja )
  • ● Lesen sah tahun 2020 yang diluluskan sehingga 20 mac 2020 

Syarat kelayakan ini juga telah diperluaskan kepada:

  • ● Peniaga berlesen (walaupun bukan di bawah UUK Penjaja) yang menyewa premis PBT untuk kategori kiosk, gerai, medan selera dan pasar.
  • ● Lesen sah tahun 2020 yang diluluskan sehingga 20 mac 2020

CARA MEMBUAT PERMOHONAN






Anda boleh memohon sekarang sehingga tarikh tutup. Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Jun 2020. Permohonan boleh dibuat di laman Selangor Prihatin. Berikut merupakan pautan laman Selangor Prihatin.



Anda hanya perlu memasukkan  nombor kad pengenalan di bawah kategori INSENTIF KHAS PENJAJA ONE-OFF dan klik seterusnya untuk langkah-langkah yang berikutnya.

Insentif sebanyak RM500 akan disalurkan terus kepada akaun bank pemohon yang layak dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan sekiranya permohonan anda lengkap.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG BANTUAN




Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang permohonan bantuan, anda boleh hubungi talian yang berikut mengikut daerah.

4