Bantuan SARA 2025: CARA MOHON BANTUAN SARA & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM2100 & RM900 & RM600)
Pelaksanaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (SARA) kepada penerima yang berstatus miskin tegar dan miskin eKasih adalah selama tempoh 12 bulan. Namun pelaksanaan kepada penerima yang berstatus asas bukan miskin pula adalah selama tempoh 9 bulan.
Bagaimanakah cara mohon bantuan sara dan semakan status di portal eKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
Baca Juga: Bantuan eWallet 2025
BANTUAN SARA 2025
Bantuan SARA atau dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah adalah khas kepada rakyat berstatus miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan eKasih dan diperluaskan lagi kepada rakyat yang berstatus asas bukan miskin tidak berdaftar dengan eKasih.
Bantuan SARA disumbangkan secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025.
ISI KANDUNGAN
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA EKASIH 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA :
- SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Asas Bukan Miskin STR :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

CARA MOHON SARA EKASIH DI PORTAL STR 2025
Pemberian Bantuan SARA adalah kepada penerima STR. Ikuti cara permohonan bantuan seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sila pilih [Status Perkahwinan] anda.
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA DAFTAR SARA DI PORTAL EKASIH 2025
Sekiranya anda telah berjaya membuat permohonan, sila daftar di Portal Rasmi eKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk didaftarkan ke dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
- Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Selesai.
CARA SEMAKAN STATUS SARA DI PORTAL EKASIH
Untuk mengetahui status anda menerima Bantuan SARA, ikuti panduan cara semakan status berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.

KADAR BAYARAN SARA EKASIH 2025
Kadar pembayaran Bantuan SARA eKasih dan bukan eKasih adalah berbeza seperti berikut :
- Penerima SARA eKasih :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN BANTUAN SARA EKASIH |
---|---|
ISI RUMAH | RM2,100 setahun |
WARGA EMAS | RM1,650 setahun |
BUJANG | RM600 setahun |
- Penerima SARA Bukan eKasih :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN BANTUAN SARA BUKAN EKASIH |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 setahun |
WARGA EMAS | RM450 setahun |
BUJANG | – |
JADUAL BAYARAN SARA EKASIH 2025
Pembayaran Bantuan SARA kepada penerima eKasih dan Bukan eKasih adalah dijadualkan seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2025 |
---|---|
Penerima SARA eKasih | Setiap bulan : 15 Januari 2025 sehingga ** Disember 2025 (12 bulan) |
Penerima SARA Bukan eKasih | Setiap bulan : ** April 2025 sehingga ** Disember 2025 (9 bulan) |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Khairi is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”