Bantuan SARA Dalam MyKad (RM200 & RM100 & RM50)

Bantuan SARA Dalam MyKad. Semakan Status Kelayakan Penerima Layak Atau Tidak (RM200 & RM100 & RM50)

Kad pengenalan (MyKad) atau kad pintar kepada semua rakyat Malaysia dicipta berasaskan cip yang dikeluarkan, yang membolehkan bantuan diagihkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat, tanpa sebarang ketirisan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima MyKad Madani Fasa 1? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

Baca Juga: eWallet Madani 2025: Semak Status (RM200 & RM100 & RM50)

Bantuan SARA Dalam MyKad

Bantuan MyKad Madani adalah diperkenalkan di bawah program MyKasih sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan bantuan tambahan khas untuk membantu menampung kos perbelanjaan keperluan asas secara bulanan.

Jumlah Penerima Layak Bantuan

Daripada seramai 5.4 juta jumlah keseluruhan penerima yang layak menerima Bantuan MyKad Madani pada tahun 2025, hanya seramai 700,000 ribu sahaja penerima merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang yang layak menerima pengkreditan fasa pertama (1).

Tarikh Agihan Bantuan

Pengkreditan Bantuan MyKad Madani untuk fasa pertama (1) adalah mengikut tarikh seperti berikut :

BIL.TARIKH PENGKREDITANAMAUN BANTUAN
DIKREDITKAN
1.15 Januari 2025RM50 / RM100
(mengikut kelayakan)
2.Februari 2025RM50 / RM100
(mengikut kelayakan)
3.Mac 2025RM50 / RM100
(mengikut kelayakan)

Jumlah Bantuan SARA

Pada fasa pertama (1) iaitu 3 bulan yang pertama, setiap kategori akan menerima pengkreditan amaun dalam MyKad sebanyak berikut :

Bantuan SARA 1
Bantuan SARA Dalam MyKad (RM200 & RM100 & RM50) 4
KATEGORI PENERIMAAMAUN DIKREDITKAN
ISI RUMAHRM100 setiap bulan (selama 3 bulan pertama)
WARGA EMASRM100 setiap bulan (selama 3 bulan pertama)
BUJANGRM50 setiap bulan (selama 12 bulan)

Semakan Status Kelayakan Penerima Bantuan MyKad

Berikut merupakan dua (2) pautan portal rasmi yang boleh diakses untuk semakan status kelayakan sebagai penerima MyKad Madani :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Sila klik pada butang [Log Masuk STR].
  3. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  12. Selesai.

Kegunaan Bantuan SARA

Bantuan MyKad Madani hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

Rujukan

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Penafian

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202025.pdf.

Leave a Comment