Bantuan SARA akan mula diagihkan esok kepada 700,000 penerima

Bantuan SARA akan diagihkan mulai esok (15 Januari 2025)kepada 700,000 penerima dalam kategori miskin dan miskin tegar.

Untuk tahun ini, bantuan yang akan disalurkan melalui MyKad secara bulanan itu akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak berbanding hanya di negeri Semenanjung Malaysia seperti dilaksanakan pada 2024.

Kementerian Kewangan melalui kenyataan berkata kadar bantuan SARA ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 untuk 2025, berbanding RM1,200 pada tahun lalu.

Bantuan SARA

Bantuan SARA RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi Januari hingga Mac, manakala mulai April 2025 kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan.

Mekanisme yang seragam ini adalah penambahbaikan daripada tahun lalu, berbanding penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata SARA merupakan pendekatan bantuan bersasar di mana sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Penyaluran SARA melalui MyKad juga bersasar kerana mekanisme berkenaan memastikan golongan miskin menerima manfaatnya dalam bentuk barang asas termasuk makanan asas.

Baca Juga: STR 2025 : SEMAKAN STATUS , PERMOHONAN BARU , KEMASKINI & BAYARAN

Objektif Bantuan SARA

Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan keperluan asas yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Penambahbaikan kepada SARA merangkumi sebahagian daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA ke tahap tertinggi dalam sejarah iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.

Selain itu, 5.4 juta penerima STR akan turut menerima bantuan tambahan SARA mulai April depan. Ini terdiri 700,000 penerima SARA sedia ada dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tidak berada dalam rekod eKasih.

Semakan Bantuan SARA

Untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan RM100 MyKad, berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti:

MyKad
Bantuan SARA akan mula diagihkan esok kepada 700,000 penerima 4
  1. Kategori Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih:
    • Layari laman web MyKasih di www.mykasih.com.my.
    • Masukkan nombor MyKad dan kod Captcha.
    • Klik “Semak Status” untuk mengetahui kelayakan.
  2. Kategori Lulus dan Penerima  STR 2025 (Bukan eKasih):
    • Layari laman web MySTR di www.bantuantunai.hasil.gov.my.
    • Masukkan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
    • Klik “Semakan Status” untuk mendapatkan maklumat kelayakan.

Semakan Kadar Bantuan SARA

Jumlah bantuan yang diterima oleh setiap kategori penerima adalah berbeza. Berikut adalah kadar bantuan yang telah ditetapkan untuk tahun 2025:

  • Isi Rumah (Miskin & Miskin Tegar eKasih): RM1200 (RM100 sebulan).
  • Warga Emas Tanpa Pasangan: RM200 (RM100 sebulan).
  • Bujang: RM600 (RM50 sebulan).
  • Penerima STR 2025: Kadar bantuan berbeza mengikut kategori.

Baca Juga: Bantuan Ihsan Kematian RM1,800 : Cara Mohon dan Syarat Kelayakan

Info Lanjut Bantuan SARA

Jika terdapat sebarang persoalan mengenai bantuan MyKad, anda boleh menghubungi pihak berwajib melalui saluran berikut: