Bantuan Tambahan RM1000 Untuk Penerima STR

Spread the love

Bantuan Tambahan Untuk Penerima STR pada tahun ini. Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Dato Sri Anwar Ibrahim telah melaksanakan 1 bantuan tambahan sebanyak RM1000 khas kepada penerima STR.

Namun bantuan ini hanya boleh dituntut sekiranya penerima STR ataupun pasangan itu telah meninggal dunia. Nama program bantuan ini adalah Skim Khairat Kematian(SKK) yang dilaksanakan kerjasama antara Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) dan juga Bank Simpanan Nasional(BSN).

Ikuti Kami di Telegram: https://t.me/infobantuanMy

Bantuan Tambahan RM1000

Untuk bantuan tambahan sebanyak RM1000 ini, khas untuk penerima STR melalui Skim yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Skim Khairat Kematian (SKK). Skim ini merupakan bantuan pengurusan kematian.

Baca Juga:

Ia merupakan program yang ditawarkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang mengalami kematian dalam kalangan ahli keluarga. Skim ini boleh dimohon bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk menanggung kos pengkebumian.

Golongan Yang Layak

Mereka yang layak menerima RM1000 tambahan ini adalah waris kepada penerima STR. Menurut data daripada Lembaga Hasil dalam Negeri(LHDN), waris layak menuntut RM1000 dengan syarat penerima STR meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2023.

Skim Khairat Kematian

Kategori Layak Bantuan Tambahan

Sekiranya kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk tuntuntan wang Skim Khairat Kematian (SKK)/ RM1000 tambahan ini, maka waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk buat tuntutan.

Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak (Kandung/Tiri/Angkat)
  • Adik-beradik
  • Cucu

Tiada had umur kelayakan untuk waris STR. Tetapi, bagi waris yang berumur 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu di bawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

image 44 1024x1024 1

Dokumen Yang Diperlukan

Bagi ahli waris penerima STR, anda perlu sediakan dokumen-dokumen yang berikut bagi membuat tuntutan RM1000 :

  • Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dokumen ini penting untuk mengesahkan kematian ahli dan tarikh kematian.
  • Dokumen Pengenalan Diri asal Waris. Dokumen ini perlu untuk mengenal pasti waris yang layak menerima bayaran skim khairat kematian. Dokumen yang boleh digunakan termasuk kad pengenalan, pasport, atau sijil kelahiran.
  • Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu). Dokumen ini boleh merangkumi surat kuasa, surat akuan sumpah, atau dokumen lain yang berkaitan dengan status waris atau hubungan dengan ahli yang meninggal dunia.

Maklumat lebih lanjut dan terperinci boleh didapati di Portal Rasmi LHDNM 

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.