Bantuan Tunai RM400 Sempena Aidilfitri Akan Dikreditkan Hujung Minggu Ini

Spread the love

Blog%20telegram

Web%20Banner


Berita baik buat rakyat Malaysia kerana Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pengumumannya menyatakan bahawa, sebanyak
RM33.4 juta peruntukan akan disediakan dalam pemberian dana raya untuk negeri
tersebut pada tahun ini.


Pemberian dana i-Fitri tersebut akan memanfaatkan isi rumah manakala
bantuan tunai secara one-off bakal memanfaatkan golongan belia, mahasiswa
dan tidak ketinggalan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan kepada anda maklumat terperinci
mengenai bantuan i-Fitri ini. Ikuti perkongsian di bawah.

BANTUAN I-FITRI

Bantuan ini bertujuan agar dapat menyokong kesemua isi rumah B40 dan M40
supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat setelah dua
tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan.

Menerusi bantuan i-Fitri ini, seramai 31,500 isi rumah miskin manakala
83,500 lagi bagi isi rumah berpendapatan antara RM2500 hingga RM5000 bakal
menerima manfaatnya.

KADAR BANTUAN

Berikut adalah kadar bantuan yang telah diumumkan ketika pembentangan
Belanjawan 2022 Terengganu mengikut kategori masing-masing :

Bantuan i-Fitri

1) Isi Rumah Miskin
– RM400

2) Isi Rumah Berpendapatan RM2500 > RM5000
– RM250

Bantuan Tunai One-Off

1) Isteri Ketua Rumah Berdaftar (e-Kasih)
– RM150

2) Ibu Tunggal Berpendapatan < RM2500
– RM150

3) Bujang 18 – 39 Tahun
– RM150

4) Mahasiswa Isi Rumah Berpendapatan RM4000 Kebawah
– RM150

5) Orang Kurang Upaya (OKU)
– RM150

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Untuk pengetahuan, bantuan i-Fitri ini akan dilaksanakan pada :

17 APRIL 2022

TARIKH & SYARAT PERMOHONAN

Permohonan bagi bantuan i-Fitri ini akan dibuka bermula 22 Mac 2022 dan
berakhir pada (rujuk pautan).

Berikut adalah syarat kelayakan setiap permohonan yang telah ditetapkan
:

  • Rakyat Terengganu yang menetap di Terengganu
  • Telah berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020
    (PRT20)
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak kurang RM2,500 bagi kategori A
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM2,501 hingga RM5,000 bagi kategori
    A

CARA MEMOHON

Untuk sebarang permohonan, ianya boleh dilakukan secara online melalui
pautan berikut :

KAEDAH BAYARAN

Pemohon yang berjaya akan menerima baucar melalui agihan Jawatankuasa
Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing.