Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan Tahun 2022 | Syarat Kelayakan | Cara Mohon | Maklumat Lanjut

AVvXsEhzDjclSVleVorDNwXKY IVqinjMt7LqXT997ug8cloFqs2V1QX7hNtIfAksqY9mqadKuYVtlp7 vRiXhyBA eqXjLIDX9DDbUVH9ExM68LkfCkTQJw FAUZwSlrJpu0XLDFO2u10h0tWrHLMSoEhSVDVVkGBL11FSaLGldiF6or27dljNGJARTolY =s16000

Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua telahpun dinaikkan
daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Untuk pengetahuan anda, bantuan warga emas Malaysia akan diuruskan oleh
pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini diberikan kepada
warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan
kehidupan dalam komuniti.

SYARAT KELAYAKAN


Orang tua atau warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut haruslah
memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:
  • Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
    Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
    dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat
    jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara
    percuma atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan
    KPKM.