BPR Fasa 3: Tarikh Pembayaran & Jumlah Yang Bakal Diterima Bermula September 2021

Banner%2BTelegram

Berita baik buat mereka yang masih tertanya-tanya berkenaan BPR Fasa 3,
berikut dikongsikan beberapa maklumat berkaitan seperti tarikh pembayaran dan
jumlah yang akan diterima mengikut kategori. Semoga bermanfaat.


TARIKH PEMBAYARAN BPR FASA 3


Untuk setakat ini, tiada tarikh yang terperinci telah diumumkan. Namun
begitu, bayaran dijangka akan mula diterima dan disalurkan dalam masa
terdekat bermula pada bulan September 2021.
bpr%2Bfasa%2B3%2B1

JUMLAH BAYARAN BPR YANG DITERIMA

Untuk pengetahuan anda semua, kategori bujang tidak akan menerima bayaran
pada Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan jumlah bayaran pada Fasa 1 dan
Fasa 2.

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima pada BPR Fasa 3 mengikut
kategori Isi Rumah:

Pendapatan Isi Rumah < RM2,500
● Kurang dari 1 anak: RM500
 2 anak dan ke atas: RM1,100

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM4,000
 Kurang dari 1 anak: RM200
● 2 anak dan ke atas: RM600

Pendapatan Isi Rumah RM4,001 – RM5,000
 Kurang dari 1 anak (Pemohon 60 tahun ke atas): RM200
● Kurang dari 1 anak: RM100
● 2 anak dan ke atas: RM200

bpr%2Bfasa%2B3%2B2

CARA SEMAK STATUS BAYARAN BPR FASA 3

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status kelulusan dan
maklumat pembayaran BPR Fasa 3:

 Log masuk ke laman web BPR di
https://bpr.hasil.gov.my/
● Tekan butang “Semak Status”
● Dan status bayaran / permohonan akan dipaparkan

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan berkaitan BPR Fasa 3, anda boleh melayari laman web BPR
dan 
menghubungi LHDNM di:

 LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 pagi – 5:00 petang)
 MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 pagi – 5:00 petang)
● Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM

1 thought on “BPR Fasa 3: Tarikh Pembayaran & Jumlah Yang Bakal Diterima Bermula September 2021”

Comments are closed.