BSN MyRinggit-i Banjir: Mohon Pembiayaan Mangsa Banjir Sehingga RM10,000

AVvXsEi4baRUMgNRAVSXIODIwAGfIGc6VQWpB 5a0Sejdu49mOsK5k8t0XtYeXbI3F BipQdAezYgwdJx2xLJodGznfUOf091

Orang ramai yang mengalami musibah banjir berpeluang untuk memohon pembiayaan
daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga RM10,000 menerusi BSN
MyRinggit-i Banjir.


Untuk makluman, BSN MyRinggit-i Banjir adalah inisiatif Kerajaan Malaysia
untuk membantu mereka yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru
ini.

Inisiatif ini diperkenalkan bagi membantu meringankan beban kewangan jangka
pendek anda untuk memulihkan kelengkapan rumah dan infrastruktur lain yang
terjejas akibat banjir tanpa sebarang kadar keuntungan dikenakan.

Oleh itu, orang ramai atau mangsa yang terkesan akibat banjir boleh memohon
dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui laman web
rasmi BSN iaitu
www.bsn.com.my.

image


Jumlah Pembiyaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi BSN MyRinggit-i Banjir adalah
sehingga RM10,000 dengan kadar keuntungan 0%.

Tempoh Pembiayaan

Tempoh pembiayaan adalah selama 3.5 tahun termasuk moratorium (rehat
bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan.

Konsep Syariah

Konsep syariah yang digunakan dalam pembiayaan ini alah Tawarruq iaitu
melibatkan dua kontrak jual beli.

Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli
secara tangguh dan seterusnya, pembeli bagi urus niaga penjualan yang
pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan
lani.

Jadual Bayaran Balik

Jadual bayaran balik (sebagai rujukan) bagi mereka yang memohon pembiayaan
ini dengan kadar keuntungan 0% adalah seperti berikut:


Jumlah Pembiayaan (RM)

Jumlah Bayaran Balik Bulanan (RM)

1,000

28

2,000

56

3,000

84

4,000

112

5,000

139

6,000

167

7,000

195

8,000

223

9,000

250

10,000

278

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon pembiayaan
ini adalah seperti berikut:
  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  2. Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas (berdasarkan pengesahan oleh
    Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis).
  3. Pemohon bukan seorang yang muflis.
  4. Hanya satu 1 permohonan sahaja daripada satu isi rumah.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
  1. Layari laman web
    https://www.bsn.com.my/page/bsn-myringgit-i-banjir.
  2. Klik butang ‘Mohon Sekarang.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next.’
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Lengkapkan maklumat dan klik butang ‘Submit’ untuk menghantar
    permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/Laporan Polis berkenaan
    rumah yang terjejas.
  • Salinan bil elektrik rumah yang terjejas.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BSN MyRinggit-i Banjir, sila layari laman
web
https://www.bsn.com.my/page/bsn-myringgit-i-banjir

2 thoughts on “BSN MyRinggit-i Banjir: Mohon Pembiayaan Mangsa Banjir Sehingga RM10,000”

Comments are closed.