Budak Perempuan Menangis Kerana Digelar Mirip Bapa Sendiri

Spread the love

Blog%20telegram

BEIJING – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di China dirakam
menangis teresak-esak kerana tidak mahu digelar mirip wajah bapanya, lapor
portal Mothership semalam.


Menerusi rakaman video yang dimuat naik di media sosial, kanak-kanak dari
wilayah Jiangsu itu tidak menyukai pujian yang diberikan oleh rakan ibunya
yang mengatakan dia lebih mirip muka bapa berbanding ibu.

“Beberapa rakan saya datang ke rumah dan memberitahu anak saya bahawa
wajahnya saling tidak tumpah seperti suami saya.

“Anak saya mula menangis dan mengamuk sambil berkata dia tidak mahu mirip
bapanya tetapi mahu iras wajah saya,” kata wanita itu.


Alasan yang diberikan oleh kanak-kanak itu adalah dia mahu mirip wajah ibu
kerana ibu yang melahirkan dia dan ada satu lirik lagu kegemarannya berkata
‘ibu insan terbaik di dunia’, bukan bapa.

“Dia juga memberitahu dirinya tidak cantik jika wajah mirip bapanya.

“Namun, dia mempunyai hubungan sangat baik dengan suami saya,” jelas wanita
itu lagi.

Sumber
Kosmo