Bantuan Bulanan My50 akan meneruskan lagi pada tahun 2024. Bantuan ini merupakan satu bentuk bantuan kewangan kepada seluruh rakyat malaysia tanpa mengira had umur, latar belakang dan juga pendapatan bulanan.
Bantuan My50 adalah kerjasama antara kerajaan Malaysia dan pihak Prasarana Malaysia Berhad. Untuk makluman, bantuan ini sudah pun diperkenalkan sejak tahun 2018 lagi demi meringankan bebanan rakyat.
Bantuan Bulanan My50
Bantuan Bulanan My50 merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang diusahasama dengan Prasarana dengan tujuan memberi akses kepada semua rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan pengangkutan tanpa had selama sebulan.
Pengguna dapat menggunakan selama 30 hari tanpa had perkhidmata Rapid KL, LRT, MRT, Monorail, BRT dan juga bas Rapid KL di kawasan sekitar Lembah Klang.
Pilihan Pembaca:
- Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2024
- Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji : Gaji RM1,500 – RM4,286 & Elaun Menarik Ditawarkan
- Semakan Bantuan SARA 2024 : Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih)
Pas ini juga dapat digunakan di Pulau Pinang yang diberi nama My50 Mutiara. Pengguna dapat menikmati perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk bas Rapid Penang.
Syarat Kelayakan Bantuan Bulanan My50
Bantuan bulan My50 ini boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia yang mempunya MyKad ataupun MyTentera tanpa mengira had umur dan juga pendapatan.
Cara Memohon Bantuan Bulanan My50
Dokumen yang diperlukan adalah :
- Kad Pengenalan(MyKad / MyTentera) yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go
Anda boleh mendaftar kad pengenalan anda untuk pas bulanan My50 di :
- Semua stesen LRT
- Semua stesen Monorel
- Semua stesen BRT
- Hub Bas Rapid KL tertentu :
– Pasar Seni
– Chow Kit
– KLCC
– Sri Nilam
– Pearl Point
– Sunway Pyramid
– Greedwood - Kiosk Rapid Penang tertentu :
– Komtar
– Weld Quay
– Penang Central
– Bukit Jambul
– Ibu Pejabat Rapid
– Lorong Kulit Penang
– Kompleks Dat’ Kailan
– Balik Pulau
– Bukit Mertajam
Cara Membeli My50
Cara membeli pas bantuan bulanan My50
- Pastikan anda membawa kad pengenalan anda ke kaunter perkhidmatan pelanggan rapid kl atau hub tertentu yang sudah disebutkan diatas.
- bawa bersama anda duit tunai RM60 untuk menambah nilai duit di dalam kad pengenalan anda
- caj RM0.50 dikenakan sebagai yuran tambah nilai
- Baki tidak akan ditolak selepas anda menaktifkan pas anda sehinggalah anda menggunakannya di pintu bas
- anda juga boleh memohon pembaharuan secara automatik di mana-mana pejabat perkhidmatan pelanggan yang terpilih
Anda juga boleh membeli secara atas talian. Hanya perlu memuat turun aplikasi MyRapid Pulse dan melakukan pembayaran menerusi aplikasi tersebut.
Muat turun aplikasi My Rapid Pulse di sini :
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan pas bulanan My50 boleh hubungi :
+603-7885 2585(PRASARANA) atau email ke [email protected]
Syraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”